Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih besar dan indah, T2 Changi tawar pelbagai inovasi, ciri baru

Nov 13, 2023 | 05:30 AM



Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi kini dibuka semula kepada orang ramai.

Ia kini menampilkan pelbagai ciri baru yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan dilengkapi dengan pengalaman digital, teknologi inovatif dan tawaran komersial yang menarik.

Dibuka pada 1 November 2023, T2 kini mampu mengendalikan 28 juta penumpang setahun menyusuli kerja-kerja kejuruteraan dan perluasan selama tiga setengah tahun.

Sebelum ini, ini dapat menampung sekitar 23 juta penumpang.

‘The Wonderfall’ iaitu paparan air terjun digital baru setinggi 14 meter dan selebar 17 meter.

Ia kini menjadi tarikan utama di dewan keberangkatan terminal itu, menghiburkan orang ramai dengan pertunjukan muzikal selama empat minit yang ditayangkan setiap setengah jam.

Selain itu, papan analog lama yang dahulunya menunjukkan butiran waktu, destinasi dan syarikat penerbangan kini diubah menjadi satu tarikan baru dipanggil Flap Pix oleh Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

Terletak di tingkat tiga dewan keberangkatan, pengunjung boleh mengambil gambar pada skrin yang disediakan di hadapan Flap Pix.

Kapsul pada papan analog itu kemudian akan bergerak secara serentak untuk disusun menyerupai rupa pengunjung dalam gambar yang diambil.

Di kawasan transit pula, pengunjung boleh membayangkan diri mereka berjalan dalam taman dengan audio bunyi-bunyian burung, serangga dan haiwan lain.

Dipanggil ‘Dreamscape’, taman baru itu menggabungkan penggunaan kandungan digital dan pemeliharaan tumbuhan dan ikan.

Taman itu menampilkan siling langit digital yang meniru keadaan cuaca di persekitaran lapangan terbang dalam masa nyata.

Bahkan, ia akan bertukar warna bergantung pada masa hari, dan akan menunjukkan hujan atau ribut petir jika cuaca sedemikian di daerah lapangan terbang.

Lebih menarik, ia mempunyai lebih 20,000 tumbuhan yang dipilih daripada 100 spesies dan kolam ikan yang dilengkapi dengan platform lutsinar di mana pengunjung boleh berjalan di atasnya dan melihat air di bawahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >