Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

T2 Changi yang lebih besar dapat kendali 28j penumpang setahun

T2 dibuka sepenuhnya susuli projek peluasan selesai lebih awal
Nov 01, 2023 | 05:26 PM



Selepas tiga setengah tahun menjalani kerja-kerja kejuruteraan dan perluasan, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi telah dibuka semula sepenuhnya pada Rabu, lebih awal daripada 2024 yang dijangkakan.

Pembukaan semula itu dirasmikan tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, pada Majlis Pembukaan T2.

Perluasan T2 bermakna ia kini mampu mengendalikan 28 juta penumpang setahun – berbanding 23 juta penumpang sebelum ini.

Dari segi kapasiti pengendalian, T2 kini merupakan terminal terbesar daripada empat terminal Lapangan Terbang Changi. Secara keseluruhan, kapasiti operasi lapangan terbang mencecah 90 juta penumpang setahun merentasi empat terminal.

Perluasan di T2 itu telah menambah lebih 21,000 meter persegi atau saiz sekitar tiga padang bola sepak untuk menyokong prasarana tambahan.

Di samping itu, bilangan mesin pendaftaran masuk automatik telah ditambah hampir seganda, dan dewan imigresen telah diperluas dengan menyediakan lorong imigresen automatik tambahan, membolehkan lebih banyak penumpang melepasi imigresen.

T2 juga merupakan terminal Lapangan Terbang Changi pertama yang mempunyai Lorong Bantuan Khas automatik untuk orang kurang upaya dan kanak-kanak di kedua-dua imigresen ketibaan dan pelepasan.

Selain itu, sistem penyimpanan bagasi automatik bagi bagasi yang diserahkan awal juga disediakan dengan kapasiti untuk mengendali sehingga 2,400 bagasi.

T2 menyediakan perkhidmatan kepada 16 syarikat penerbangan yang berkhidmat di 40 bandar termasuk Singapore Airlines, Air India, Air India Express, Air Japan, Air Macau, All Nippon Airways, Etihad, Ethiopian Airlines, Firefly, Indigo, Lufthansa, Malaysia Airlines, Royal Brunei Airlines, Sichuan Airlines, Swiss International Airlines dan United Airlines.

Sayap selatan T2 telah dibuka semula secara berperingkat pada 2022, bermula dengan kawasan utama seperti imigresen ketibaan dan kawasan tuntutan bagasi pada Mei 2022, dan dewan pelepasan pada Oktober 2022.

Ini bagi meningkatkan kapasiti Lapangan Terbang Changi untuk berkhidmat kepada lebih ramai penumpang, dengan kelonggaran sekatan sempadan antarabangsa apabila pandemik Covid-19 semakin surut.

Sayap utara T2 dibuka pada 28 September sebelum pembukaan semula sepenuhnya pada Rabu.

Projek perluasan T2 bermula pada Januari 2020 – dua bulan sebelum Singapura menutup sempadannya disebabkan pandemik Covid-19.

“Pada masa itu, tiada siapa yang jangka betapa teruknya pandemik itu atau berapa lama ia akan berlarutan. Tetapi Changi Airport Group (CAG) meneruskan perluasan T2, didorong oleh keyakinan bahawa hab udara Changi bukan sahaja akan pulih daripada pandemik, tetapi muncul lebih kuat.

“Hari ini, trafik penumpang di Changi telah pulih kepada 90 peratus tahap pra-Covid. Trafik penumpang Changi dalam lapan bulan pertama tahun ini adalah yang tertinggi di rantau Asia-Pasifik. Kami menjangkakan jumlah penumpang Changi pulih sepenuhnya menjelang 2024,” ujar Encik Teo.

Sambil menyerlahkan kepentingan Lapangan Terbang Changi, beliau berkata Singapura, sebagai ekonomi terbuka dan bersambung, bergantung pada ketersambungan antarabangsa untuk mengekalkan hubungan perdagangannya dan memastikan aliran bekalan penting.

“Pengunjung di seluruh dunia tertarik ke Singapura untuk perniagaan dan untuk beriadah, bukan sahaja disebabkan (khidmat) ketersambungan yang sangat baik. Ini telah memupuk persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, acara, pelancongan, peluang pekerjaan dan inovasi,” tambah Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >