Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai penumpang pesawat ‘check-in’ awal di Jewel

Jun 26, 2023 | 01:31 PM



Lebih ramai pengunjung yang berlepas dari Singapura memilih untuk mendaftar masuk lebih awal bagi penerbangan mereka di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Sekitar 14,000 pengunjung telah melakukan demikian pada Mei.

Ini merupakan peningkatan sekitar 40 peratus berbanding April, di mana sekitar 10,000 pengunjung telah menggunakan ruang istirahat daftar masuk awal yang terletak di Aras 1 Jewel, kata Changi Airport Group (CAG).

Ini sedang perjalanan udara antarabangsa terus pulih daripada kesan Covid-19, dengan Lapangan Terbang Changi mencatatkan 4.84 juta pergerakan penumpang pada Mei iaitu 89.5 peratus daripada bilangan 2019.

CAG berkata bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan daftar masuk awal di Jewel, yang kini mempunyai perkhidmatan bagi 11 syarikat penerbangan merentasi empat terminal lapangan terbang itu, telah meningkat secara berterusan setelah ruang istirahat dibuka semula pada Mei 2022 dan sekatan sempadan dilonggarkan.

Penumpang boleh mendaftar masuk melalui ruang istirahat di Jewel seawal 24 jam sebelum penerbangan mereka, bergantung pada syarikat penerbangan dan destinasi.

Mereka juga boleh berbuat demikian antara lima dengan 3½ jam sebelum penerbangan mereka di ruang istirahat daftar masuk awal khusus lain di Terminal 1 yang kini menyediakan perkhidmatan bagi enam syarikat penerbangan.

Kaunter penerbangan biasa dibuka untuk daftar masuk kira-kira dua hingga tiga jam sebelum penerbangan.

Sepanjang Jun setakat ini, lebih 500 pengunjung telah menggunakan kemudahan di Jewel itu setiap hari dengan hampir 800 pengunjung berbuat demikian pada 4 Jun, lapor The Straits Times.


Pada Mei 2019 sebelum Covid-19 melanda, seramai 600 pengunjung memilih untuk daftar masuk awal di Jewel setiap hari.

Syarikat penerbangan yang mempunyai perkhidmatan di kemudahan di Jewel itu, yang beroperasi dari 8 pagi hingga tengah malam setiap hari, termasuk Singapore Airlines (SIA), Scoot, Qatar Airways, Emirates dan Qantas.

Bagaimanapun, sesetengah syarikat penerbangan, seperti SIA dan Qatar Airways, menawarkan daftar masuk awal hanya bagi destinasi terpilih, manakala yang lain seperti Emirates dan KLM menawarkan perkhidmatan itu hanya pada masa tertentu.

Penumpang yang berlepas dari Terminal 4 dengan AirAsia, Jetstar atau Jetstar Asia juga boleh mendaftar masuk awal di ruang istirahat Jewel.

​Sebelum Covid-19, lebih 30 syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan daftar masuk awal di Jewel, termasuk syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, British Airways, Lufthansa dan Turkish Airlines.

CAG berkata ia terus melibatkan syarikat penerbangan untuk menggalakkan mereka menawarkan perkhidmatan daftar masuk awal.

Ia berkata syarikat penerbangan berpeluang mendapat manfaat daripada barisan yang lebih pendek di kaunter terminal semasa waktu daftar masuk biasa.

Untuk menggalakkan lebih ramai penumpang menggunakan ruang daftar masuk awal di Jewel, CAG telah memberikan kupon yang menawarkan tawaran di kedai dan kedai makan terpilih serta diskaun bagi yuran kemasukan kepada tarikan di sana seperti Canopy Park.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >