Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA, Scoot catat jumlah penumpang lebih tinggi pada Mei 2023

Jun 16, 2023 | 06:56 PM



Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan penerbangan bajetnya, Scoot telah mengendalikan 2.8 juta penumpang pada Mei 2023, peningkatan sebanyak 65.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Ini berikutan bertambahnya “permintaan terhadap perjalanan udara,” kata SIA dalam satu laporan bulanannya, pada Khamis.

Scoot pula telah menerbangkan lebih satu juta penumpang pada bulan yang sama, lebih sekali ganda, iaitu dari 418,700 penumpang pada bulan yang sama di tahun 2022.

Begitu juga dengan SIA, mengalami peningkatan sebanyak 41.7 peratus, dengan bilangan penumpang 1.8 juta orang.

Syarikat itu menarik perhatian bahawa laluan penumpang dan muatan “rancak” di semua laluan serantau.

Kapasiti penumpang kumpulan syarikat itu pada Mei, meningkat kepada 33.7 peratus, sementara faktor muatan penumpang (PLF) kumpulan syarikat itu mencapai 88 peratus, iaitu 9.8 peratus mata lebih tinggi daripada tahun sebelumnya lapor The Business Times.


SIA mencatatkan PLF bulanan 87.2 peratus, sementara Scoot 90.7 peratus.

Bagi Scoot, ini adalah bulan keenam berturut-turut ia mencatatkan PLF melebihi 90 peratus.

Sehingga hujung Mei, jaringan penumpang kumpulan itu mencakup 114 destinasi di 36 buah negara dan wilayah.

SIA melakukan penerbangan ke 74 destinasi, sementara Scoot pula ke 63 destinasi. Penerbangan bajet itu juga telah memulihkan penerbangan ke bandar-bandar di China, iaitu Nanning dan Shengyang, pada Mei.

Sementara itu, jaringan kargo SIA mencakup 114 destinasi di 36 buah negara dan wilayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >