Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pesakit boleh dirawat di rumah, termasuk kanak-kanak, wanita

Kini semua hospital awam di sini, kecuali Institut Kesihatan Mental (IMH), boleh tawar khidmat MIC@Home kepada pesakit sesuai
Aug 07, 2023 | 07:43 PM



Lebih ramai pesakit kini boleh memanfaatkan program perintis Penjagaan Pesakit Rawat Inap Mudah Alih di Rumah (MIC@Home) yang diperluas.

Ini termasuk pesakit kanak-kanak yang menghidapi demam denggi, jangkitan kulit, ekzema dan jangkitan saluran kencing.

Ia juga termasuk wanita yang mengalami sakit puan, pesakit jangkitan kulit dan luka, dan mereka yang menjalani pembedahan terpilih.

Apabila MIC@Home dilancarkan pada April 2022 di bawah Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), program perintis itu hanya untuk pesakit yang digolongkan di bawah perubatan awam – seperti jangkitan kulit, jangkitan saluran kencing dan kegagalan jantung.

Pesakit MIC@Home akan dimasukkan ke wad ‘maya’ di mana mereka mempunyai akses kepada penjagaan yang disediakan pasukan profesional penjagaan kesihatan melalui telekonsultasi dan lawatan ke rumah.

Mereka akan menerima penjagaan itu hingga mereka boleh dikeluarkan daripada wad tersebut. Sekiranya keadaan mereka merosot, pesakit boleh dipindahkan ke hospital.

Menjelang akhir projek perintis pada Mac 2024, dijangka lebih 2,000 pesakit akan dimasukkan ke dalam wad di rumah, dan ini mungkin menjadi pilihan utama di Singapura pada masa terdekat, kata Penolong Pengarah Transformasi Jagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOHT), Encik Lai Yi Feng, dalam satu sidang media dalam talian pada Isnin.

Pesakit MIC@Home boleh menerima subsidi dan pembiayaan yang menyerupai perlindungan MediShield Life dan MediSave.

MIC@Home juga telah diperluas dan tersedia di Hospital Besar Changi (CGH), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Besar Sengkang (SKH), dan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Ini bermakna semua hospital awam di Singapura, kecuali Institut Kesihatan Mental (IMH), boleh menawarkan perkhidmatan MIC@Home kepada pesakit sesuai.

MOH menambah terdapat rancangan untuk IMH menawarkan MIC@Home kepada pesakit sesuai pada masa akan datang.

Satu tambahan yang ketara kepada MIC@Home ialah pendaftaran kanak-kanak dan wanita ke dalam program pakar KKH@Home.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit biasa seperti demam denggi, jangkitan kulit, ekzema dan jangkitan saluran kencing, serta wanita yang mempunyai keadaan ginekologi kini juga boleh dirawat di rumah dan tidak dimasukkan ke hospital.

Antara pesakit yang telah mendapat manfaat daripada KKH@Home ialah Nur Sameera Begum Shaik Sulaiman, 13 tahun, yang menghidap demam panas akibat jangkitan ginjal pada hujung Julai lalu.

Beliau dimasukkan ke KKH selama seminggu tetapi menghabiskan tiga hari terakhirnya di rumah.

Ketua Pakar Klinik KKH@Home, yang juga Ketua dan Perunding Kanan Jabatan Dermatologi KKH, Profesor Madya Mark Koh, berkata:

“Menggunakan teknologi maya untuk memantau gejala penting telah meningkatkan faedah seperti mengurangkan paras kebimbangan, meminimumkan risiko pendedahan kepada jangkitan lain dan memperkemaskan aliran kerja hospital.

“Ia amat bermanfaat untuk kanak-kanak, yang mungkin berasa cemas dalam persekitaran hospital. Terdapat penjimatan kos dan masa, dengan kemudahan lebih baik dan kurang gangguan pada jadual yang sibuk bagi mereka yang bekerja.

“Doktor dan jururawat juga masih dapat mengenal pasti dan respons kepada perubahan dalam keadaan pesakit tepat pada masanya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >