Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki, 86 tahun, yang tetak bekas pasangan hingga mati, dipenjara 15 tahun

May 22, 2023 | 07:18 PM



SEORANG lelaki berusia 86 tahun telah dihukum penjara selama 15 tahun pada Isnin selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan homisid.

Pada 2004, Pak Kian Huat telah berpindah ke flat bekas pasangannya, Cik Lim Soi Moy. Meskipun Cik Lim meninggalkan bekas pasangannya itu lebih 20 tahun sebelum itu kerana keganasan domestik, Cik Lim membenarkan Pak untuk berpindah ke rumahnya kerana Pak enggan tinggal sendirian.

Pak juga merupakan ayah kepada empat anak Cik Lim. Mereka tidak pernah bernikah.

Pada 2019, Pak, yang waktu itu 82 tahun, menjadi marah apabila Cik Lim, 79 tahun, tidak membenarkannya berpindah ke bilik lebih besar di flat empat bilik di Toa Payoh itu.

Pada awal pagi 1 September 2019, Pak, mengambil sebilah parang dari dapur dan menetak Cik Lim sehingga mati.

Pak menekan Cik Lim ke atas katil dan menetak parang ke kepala dan lehernya. Meskipun Cik Lim telah jatuh ke atas lantai, Pak masih tetap menetak Cik Lim sambil berdiri.

Pak kemudian memanggil anak-anaknya untuk memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Anak bongsunya menghubungi polis.

Sebanyak 54 luka telah ditemui di badan Cik Lim, termasuk 31 di bahagian kepala dan lehernya

Apabila polis tiba, Pak memberitahu pegawai polis bahawa dia gembira dapat membunuh Cik Lim.

Hakim See Kee Oon berkata kekejaman serangan terhadap Cik Lim dapat dilihat dengan jumlah kecederaan yang mengerikan pada mangsa.

“Ia adalah serangan yang tidak masuk akal ke atas mangsa yang tidak berdaya,” kata hakim, sambil menambah bahawa kemarahan Pak telah memuncak atas perkara yang agak remeh.

Hakim See menyatakan bahawa Pak hanya berhenti menyerang mangsa apabila dia tidak lagi bercakap.

“Tiada sebarang tanda atau rasa penyesalan walaupun polis tiba di tempat kejadian,” katanya.

Hakim menambah bahawa usia lanjut bukan satu faktor untuk mengurangkan hukuman apabila kesalahan itu adalah sesuatu yang keji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >