Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki China tawar $40 sebagai rasuah kepada polis

Nov 08, 2023 | 03:47 PM



Seorang lelaki telah dihadapkan ke mahkamah daerah pada Rabu selepas dikatakan menawarkan rasuah $40 kepada anggota polis.

Dia juga memberi pegawai polis tambahan Certis rasuah $750 dalam kejadian berasingan, lapor The Straits Times.


Chen Dongliang, 33 tahun, warga China, dikenakan dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah. Dia dituduh menawarkan $40 kepada anggota polis itu pada atau sekitar 26 Mei 2021 kerana ingin mengelak daripada tindakan penguatkuasaan terhadapnya.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang Chen lakukan sebelum menawarkan rasuah.

Secara berasingan, Chen dikatakan telah memberi rasuah berjumlah $750 pada Julai 2022 kepada Thiru Murugan Shanmugam, 30 tahun, seorang pegawai polis tambahan Certis ketika itu.

Chen kemudian dikatakan menjual dadah perangsang seks dan dia dikatakan tidak mahu Thiru mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya.

Kes Chen akan disebut semula di mahkamah pada 29 November.

Dia merupakan pesalah kelima dibawa ke mahkamah dalam kes yang dikaitkan dengan tiga bekas pegawai Certis yang dituduh melakukan kesalahan termasuk rasuah dan pecah amanah jenayah.

Thiru, Mohammad Hafizudin Hanapiah, 30 tahun, dan Mohd Aris Jalil, 66 tahun, sebelum ini didakwa pada 3 November.

Kes yang melibatkan Chen dan tiga bekas pegawai Certis belum selesai.

Bagi setiap tuduhan rasuah, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >