Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel, denda bagi wanita yang terima rasuah $2,170 semasa bekerja di Vicom

Oct 16, 2023 | 08:12 PM



Seorang penasihat perkhidmatan di syarikat pemeriksaan kenderaan Vicom menerima rasuah $2,170 daripada beberapa orang, termasuk mereka yang ada hubung kait dengan bengkel pembaikan, antara 2016 dengan 2020.

Akibat tindakan Norhaini Abdul Majid, pelanggan beberapa bengkel tidak membawa kenderaan mereka ke Vicom untuk membuat laporan kemalangan.

Walaupun tindakannya tidak menyebabkan Vicom mengalami kerugian, ia membolehkan bengkel terlibat menikmati kelebihan dari segi kemudahan berbanding pesaing mereka, kata Timbalan Pendakwa Raya, Encik Leong Kit Yu.

Pada Isnin, Norhaini, 40 tahun, mengaku bersalah atas empat pertuduhan rasuah melibatkan $1,870 dan dijatuhi hukuman penjara dua minggu.

Tiga lagi pertuduhan serupa berkaitan baki $300 dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Norhaini juga diarah membayar denda $3,700 dan penalti $2,170. Dia perlu menghabiskan 31 hari tambahan di penjara jika dia gagal membayar jumlah keseluruhan $5,870 itu.

Beberapa pertuduhan melibatkan rakan sekerjanya, Susan Seah Soh Eng, 59 tahun ketika itu, yang dijatuhi hukuman penjara 20 minggu dan dikenakan denda $4,000 pada Ogos 2023 selepas dia mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan rasuah antara kesalahan lain.

Mahkamah diberitahu bahawa pemandu yang terlibat dalam kemalangan mesti membawa kenderaan mereka ke pusat laporan yang diluluskan (ARC) atau bengkel yang dibenarkan untuk membuat laporan.

Ini bagi memastikan kerosakan kenderaan dinilai oleh badan bebas, dan kos tuntutan terkawal untuk penanggung insurans.

Vicom ialah salah satu ARC yang dilantik oleh beberapa syarikat insurans motor di Singapura.

Syarikat pengangkutan ComfortDelGro, memberitahu The Straits Times pada Isnin bahawa Norhaini tidak lagi bekerja untuk Vicom, yang merupakan anak syarikatnya.

Jurucakapnya menambah: “Vicom tidak bertolak ansur terhadap jenayah penipuan dan rasuah. Kami mengharapkan pekerja kami mengamalkan sikap profesional dan integriti yang standardnya tinggi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >