Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didapati salah tendang, lempar komen berbaur perkauman

Jun 13, 2023 | 08:10 PM



Seorang lelaki yang melemparkan kata-kata penghinaan berbaur perkauman serta menendang dada wanita itu didapati bersalah pada Selasa.

Wong Xing Fong, 32 tahun, yang menyerang Cik Hindocha Nita Vishnubhai dekat kondominium Northvale di Choa Chu Kang pada Mei 2021, dijangka dijatuhi hukuman pada 31 Julai ini.

Dalam kejadian itu, Wong yang tidak mengenali Cik Nita mempersoalkan cara wanita itu memakai pelitup – yang diturunkan semasa beliau bersenam.

Cik Nita, 57 tahun, memberi keterangan bahawa beliau sedang berjalan pantas ke Stadium Choa Chu Kang, di mana beliau bekerja di sebuah restoran makanan segera, dengan pelitupnya diturunkan apabila beliau mendengar seseorang menjerit.

Beliau menoleh dan melihat Wong serta tunangnya, Cik Chua Yun Han. Beliau tidak mengenali pasangan itu, namun mereka memberitahunya agar memakai pelitup.

Pihak pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa beliau menerangkan kepada pasangan itu yang beliau sedang berjalan pantas dan menunjukkan yang beliau sedang bersenam dan berpeluh.

“Sebaliknya tertuduh memarahi pengadu (dan menghinanya secara verbal).

“Lebih memburukkan lagi keadaan, pengadu memberikan respons, ‘Tuhan merahmati anda.’

“Namun tertuduh menendang pengadu di bahagian dadanya. Dia dan tunangnya kemudian meninggalkan tempat tersebut,” tambah pihak pendakwa raya.

Cik Nita kemudian membuat laporan polis pada malam kejadian.

Pihak pendakwa raya berkata saksi, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, memberi keterangan bahawa beliau melihat seorang lelaki menendang Cik Nita.

Dengan menyatakan bahawa Cik Nita merupakan saksi benar, pihak pendakwa raya berkata: “Adalah tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa pengadu menuduh si tertuduh, seorang yang tidak dikenali, secara tiba-tiba.”

Wong yang diwakili seorang peguam, Encik Sim Bing Wen, mendakwa Cik Nita menyindir dan agresif, serta melemparkan cemuhan terhadapnya.

Dia juga mendakwa bahawa Cik Nita meludah ke arahnya dan tunangnya, dan dia bertindak dengan menolak mangsa.

Meskipun mengakui dia melemparkan kata-kata kesat, namun Wong menafikan yang ia cemuhan berbaur perkauman.

Wong dituduh menyerang dan melukakan perasaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >