Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel 24 bulan hantar rokok haram, bantu deposit habuan

Jun 23, 2023 | 03:42 PM



Seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Khamis selepas didapati bersalah menghantar 1,329 karton rokok yang tidak dibayar cukai dan membantu memasukkan wang, yang dipercayai hasil penjualan rokok tersebut, ke dalam akaun bank.

Hukuman penjara yang dikenakan terhadap Lo Kwang Meng meliputi hukuman 17 bulan bagi penghantaran rokok terbabit dan tujuh bulan lagi kerana membantu orang lain memperoleh faedah daripada perbuatan jenayah.

Kastam Singapura berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa Lo telah ditangkap oleh pegawainya dalam satu operasi pada 28 April 2022 di Changi Road.

Dalam operasi itu, pegawai melihat Lo duduk di dalam sebuah van yang didapati memuatkan 1,329 karton rokok tidak dibayar cukai bersama wang tunai $42,660, dipercayai hasil daripada penjualan rokok tersebut.

Rokok, wang tunai dan van itu telah dirampas oleh pegawai.

Jumlah duti dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar masing–masing berjumlah sekitar $116,050 dan $9,200.

Siasatan mendedahkan bahawa Lo telah diarahkan oleh seorang individu yang dia tidak dikenali melalui platform pesanan sosial untuk menghantar rokok dan mengutip bayaran tunai daripada penerima.

Selepas penghantaran dan kutipan wang, dia harus menyerahkan wang tunai itu kepada seorang lagi individu yang tidak dikenali, serta memasukkan wang itu ke dalam akaun bank.

Kes Lo telah dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis untuk siasatan lanjut.

CAD mendapati bahawa dari 6 hingga 19 April 2022, Lo telah memasukkan wang tunai ke dalam enam akaun bank berbeza. Wang tunai itu berjumlah $77,000.

Kenyataan Kastam Singapura berkata: “Lo sedar bahawa wang ini, yang dia telah membantu memasukkan ke dalam enam akaun bank, adalah hasil jenayah yang diperoleh daripada penjualan rokok tidak dibayar cukai.”

Seseorang yang didapati bersalah membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang yang tidak dibayar cukai boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut dan hasil jualan rokok yang tidak dibayar cukai juga boleh dirampas, kata Kastam Singapura.

Seseorang yang didapati bersalah membantu orang lain untuk memperoleh faedah daripada perbuatan jenayah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000, atau kedua–duanya sekali.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan boleh menghubungi talian segera Kastam Singapura di 1800-233-0000, atau e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >