Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki pecah masuk asrama NTU dipenjara 14 bulan

Jun 22, 2023 | 06:35 PM



Seorang lelaki yang menyelinap masuk ke dalam asrama di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tengah malam dan cuba memasuki bilik tidur untuk melihat penghuni wanita, telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Muhammad Shahrin Mohd Shah, 37 tahun, mengaku bersalah pada Rabu atas dua tuduhan pecah masuk.

Shahrin, yang bertugas sebagai seorang pekerja penghantar, juga didenda $2,800 dan hilang kelayakan memandu selama 24 bulan selepas mengaku memandu dalam keadaan mabuk dan memandu dengan laju dalam kesalahan yang tidak berkaitan.

Dia pernah dipenjara selama dua tahun lapan bulan dan dikenakan tiga sebatan pada 24 Januari 2018 selepas menceroboh masuk asrama NTU dan melakukan perbuatan lucah di depan seorang pelajar pada 2016.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Jing Min pada Rabu meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan hingga 13 bulan atas kesalahan pecah masuk.

“Modus operandinya masih sama – dia menimbulkan bahaya keselamatan kepada pelajar yang tinggal di asrama,” ujarnya.

Shahrin memecah masuk bilik yang dihuni seorang pelajar wanita berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 25 tahun di asrama NTU ketika dalam keadaan mabuk selepas minum dua tin bir sekitar 3.30 pagi pada 9 September 2022.

Dia kemudian meninggalkan bilik itu dengan segera.

Terbangun daripada tidurnya selepas mendengar pintu ditutup, teman lelaki pelajar wanita itu mendapati Shahrin berjalan di sepanjang koridor dan kemudian menghubungi polis.

Pada 1 Disember 2022, sekitar 3.45 pagi, Shahrin cuba memasuki bilik seorang wanita berusia 23 tahun, tetapi gagal kerana pintunya dikunci. Wanita yang sedang tidur itu terbangun disebabkan bunyi pintu.

Wanita itu keluar untuk memeriksa dan melihat Shahrin. Beliau menjerit ke arahnya dan Shahrin melarikan diri, tetapi wanita itu mengejarnya. Wanita itu kemudian melaporkan perkara itu kepada pengurus keselamatan di NTU, yang membuat laporan polis.

Shahrin telah ditahan pada 6 Disember 2022. DPP Tan berkata Shahrin telah menceroboh privasi asrama mangsa – tempat pelajar seharusnya berhak berasa selamat.

“Kesalahan itu dilakukan di kawasan sekolah dan pada masa mangsa mungkin bersendirian dan tidur. Oleh itu, mereka berada dalam keadaan terdedah kepada bahaya,” kata DPP Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >