Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel gagal asing diri 6 kali selepas uji positif Covid-19

Aug 31, 2023 | 07:03 PM



Seorang lelaki gagal mengasingkan diri enam kali dan berulang kali menaiki pengangkutan awam pada awal 2022 selepas diuji positif Covid-19.

Mark Chng Chin Joo, 52 tahun, pengarah dan pemegang saham syarikat Freeform Solution, yang menyediakan perkhidmatan seperti imbasan 3D, telah dijatuhi hukuman penjara seminggu pada Rabu selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Empat lagi pertuduhan yang serupa juga dipertimbangkan.

Semasa kesalahan, Chng dianggap telah divaksin sepenuhnya selepas menerima dos vaksinasi Covid-19 pada November dan Disember 2021.

Pada 22 Februari 2022, dia berasa tidak sihat dan mengendalikan sendiri ujian pantas antigen (ART) untuk Covid-19 di pejabatnya dan keputusannya negatif.

Dia melakukan ujian ART sekali lagi pada petang keesokan harinya kerana tekaknya masih sakit dan keputusannya positif.

Walaupun dia memakai pelitup semasa berada di luar rumah, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berkata berdasarkan protokol bagi mereka yang dijangkiti Covid-19 pada masa itu, dia harus mengasingkan diri dari petang 23 Feb 2022, hingga tengah hari pada 1 Mac tahun itu.

Namun, dia beberapa kali menaiki pengangkutan awam ke pejabatnya dan melaksanakan tugasan termasuk menghantar barangan ke pelbagai tempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >