Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara 12 tahun rogol cucu di tangga blok

Jul 10, 2023 | 07:17 PM



Seorang lelaki berusia 68 tahun dihukum penjara 12 tahun pada Isnin selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas satu tuduhan merogol cucu perempuannya pada 2020 ketika kanak-kanak itu berusia 11 tahun.

Lelaki itu mula mencabul cucunya ketika dia berumur 10 tahun dan selama lebih satu setengah tahun, dia melakukan pelbagai kesalahan seksual terhadap budak perempuan itu.

Takrifan rogol dalam Kanun Keseksaan telah diperluaskan pada 2020, merangkumi penetrasi mulut dan dubur tanpa persetujuan.

Hukumannya termasuk penjara enam bulan sebagai ganti hukuman sebat.

Kesalahan merogol membawa hukuman sekurang-kurangnya 12 sebatan, tetapi lelaki itu tidak boleh dirotan kerana berusia lebih 50 tahun.

Lapan tuduhan lain, bagi kesalahan seksual yang dilakukan antara Jun 2019 dengan Januari 2021, telah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Ini termasuk tuduhan merogol kedua serta tuduhan mencabul kehormatan budak perempuan itu, menunjukkan gambar lucah di telefon bimbitnya dan mendedahkan dirinya kepada budak tersebut.

Pada 10 Julai 2020, sembilan anggota keluarga, termasuk mangsa dan datuknya, pergi ke pusat beli-belah untuk meraikan hari lahir nenek tiri budak perempuan itu.

Selepas makan malam, keluarga itu menuju ke flat pasangan warga emas tersebut dan nenek tiri mangsa menyuruh budak perempuan itu menemani datuknya membeli durian di kedai berhampiran.

Mangsa setuju pergi bersamanya. Dalam perjalanan pulang ke flat, lelaki itu membawa budak perempuan tersebut ke bahagian tangga – satu tangga dari tingkat bawah.

Dia mencabul kehormatan budak perempuan itu dan memaksanya melakukan seks oral ke atasnya.

Selepas perbuatan seksual itu, lelaki tersebut membawa cucunya itu kembali ke tingkat bawah.

Pendakwa raya berkata budak perempuan itu tidak faham sepenuhnya tindakan datuknya dan hanya mengetahui tentang “sentuhan baik” dan “sentuhan tidak baik” dalam kelas pendidikan seks Darjah 6.

Dia berasa sangat marah tentang kesalahan seksual itu, tetapi tidak dapat memberitahu orang dewasa yang dipercayai, tambah pendakwa raya itu.

Pada 25 Januari 2021, budak perempuan tersebut dirujuk kepada kaunselor sekolah selepas dia memberitahu gurunya tentang perselisihan faham dengan ibunya.

Dia memberitahu kaunselor itu bahawa datuknya telah melakukan perbuatan seksual terhadapnya.

Kaunselor itu kemudian menghubungi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Keesokan harinya, pegawai perlindungan kanak-kanak membawa budak perempuan itu untuk membuat laporan polis.

Lelaki itu ditahan pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >