Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara seleweng $61,000 duit pelajar, jemaah umrah

Sep 26, 2023 | 04:27 PM



Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan dua minggu pada Selasa (26 Sep) setelah didapati bersalah menyeleweng hampir $61,000 daripada beberapa mangsa.

Rasman Saridin, 56 tahun, merupakan pesalah rentan yang mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk penyalahgunaan dadah dan mencuri.

Mangsa-mangsanya termasuk individu yang telah membayar sehingga $33,000 bagi pakej umrah.

Warga Singapura itu turut menyeleweng lagi $27,900 daripada lima individu lain yang telah membayar bagi mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti pendidikan Islam di Indonesia, lapor The Straits Times.


Secara berasingan, Rasman juga menerima $79,500 dengan melakukan kesalahan di bawah Akta Ejen Pelancongan.

Dia telah menjalankan perniagaan ejen pelancongan secara tidak sah meskipun tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian.

Pada Julai lalu, dia mengaku bersalah atas lima pertuduhan termasuk dua pertuduhan pecah amanah melibatkan $28,850 dan satu pertuduhan di bawah Akta Ejen Pelancongan yang dikaitkan dengan lebih $6,000.

Lagi 17 pertuduhan termasuk melibatkan $32,000 yang telah diseleweng yang diambil dalam pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Grace Chua, berkata salah seorang mangsa merupakan individu lelaki berusia 44 tahun yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam pengajian Islam pada 2014.

Beliau terjumpa iklan tentang kerjasama antara universiti Indonesia dan syarikat bernama Azzam Educational & Event Management Services.


Pada masa itu, Rasman merupakan pengarah syarikat tersebut dan membantu lelaki berkenaan mendaftar di universiti berkenaan. Butiran mengenai universiti itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.


Antara 2016 dan 2017, sebuah lagi syarikat milik Rasman, Azzam Travel & Tour, menghadapi masalah kewangan. Dia kemudian menyalahgunakan $7,000 daripada yuran kursus universiti lelaki itu dan menggunakannya untuk perniagaan pelancongannya sendiri.


Pada September 2017, universiti memberitahu mangsa bahawa bayaran sekitar $7,000 untuk programnya masih tertunggak dan beliau perlu membayar jumlah itu.


Empat pelajar lain menerima pemberitahuan serupa dan salah seorang daripada mereka membuat laporan polis pada Disember 2017.


Rasman telah membuat pembayaran balik sebanyak $300 kepada lelaki itu.


DPP Chua memberitahu mahkamah pada Julai lalu bahawa pada 2018, anak perempuan Rasman telah mendaftarkan sebuah syarikat bernama Khalifah SG (KSG) dan Rasman menganjurkan acara di bawahnya.

Mulai Jun 2019, dia mula mengiklan melalui pelbagai saluran bahawa KSG akan menganjurkan pakej pelancongan umrah.

Seorang wanita berusia 33 tahun dan keluarganya telah mendaftar bagi pakej sedemikian, yang sepatutnya berlangsung dari 28 November hingga 9 Disember 2019. Beliau membayar Rasman lebih $6,000, tetapi Rasman menyimpan wang itu untuk kegunaan peribadi.

Pada 28 November 2019, wanita itu, keluarganya dan ahli kumpulan pelancongan yang lain bertemu Rasman di Lapangan Terbang Changi. Dia memberitahu mereka bahawa lawatan itu tidak dapat diteruskan kerana “isu visa” dan dia tidak dapat dihubungi lagi tidak lama kemudian.

Wanita itu membuat laporan polis pada hari berikutnya dan siasatan mendedahkan Rasman tidak memegang sebarang lesen daripada Lembaga Pelancongan Singapura, yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan ejen pelancongan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata ia memandang serius mereka yang terlibat dalam aktiviti ejen pelancongan tanpa lesen dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan pengguna dan mempertahankan reputasi sektor pelancongan Singapura.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membuat urusan perjalanan, seperti hanya membeli pakej perjalanan mereka daripada ejen pelancongan berlesen dan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada keadaan yang tidak diduga. Bagi senarai terkini ejen pelancongan berlesen di Singapura, sila layari laman web TRUST STB di https://trust.stb.gov.sg,” tambah lembaga tersebut.

Pada Selasa, peguam bela Rasman, Encik Kalaithasan Karuppaya, meminta anak guamnya menjalani hukuman lebih lewat kerana isteri Rasman telah meminta cerai dan dia memerlukan masa untuk menangani perkara itu.

Rasman ditawarkan ikat jamin $30,000 pada Selasa dan diperintahkan menyerahkan diri di Mahkamah Negara pada 3 Oktober ini untuk mula menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >