Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki disyaki lemas di Punggol ditemui

Aug 09, 2023 | 07:42 AM



Lelaki berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang di perairan Punggol sejak Ahad (6 Ogos) dan disyaki lemas sudah ditemui.


Awal dari itu satu usaha mencari dan menyelamat telah dilancarkan di kawasan tersebut oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Ini susulan pihak polis menerima panggilan telefon pada 3.45 petang Ahad itu bagi bantuan berdekatan jeti Punggol Point, tempat lelaki tersebut dilaporkan hilang.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), polis mengesahkan ia telah menarik keluar mayat lelaki itu pada Selasa.


Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh paramedik SCDF.

Pihak polis menambah siasatan awal tidak mengesyaki sebarang tindakan salah laku.

Mangsa dipercayai warga Malaysia asal Sabah dan telah memeluk Islam pada 2012 di Johor Bahru.

Ini berikutan satu catatan Facebook oleh Sazly Sam, yang mana seorang wanita bernama Aza memperkenalkan dirinya sebagai isteri mangsa.

Berita Harian (BH) cuba menghubungi wanita itu bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.


Wanita itu memuat naik beberapa gambar tentang butiran suaminya, yang dikenali sebagai Muhammad Shazali Somuil Abdullah.







Beliau turut berkongsi perbualan terakhir sebelum mangsa dilapor hilang dan mendakwa sejak kebelakangan ini, suaminya itu telah mengajak beliau untuk pergi memancing bagi meluangkan masa bersama.

“Dari Rabu lepas, awak cakap ingin luangkan masa dengan saya.

“Ajak saya pergi memancing empat hari berturut-turut sebelum pada Ahad awak pergi pancing naik bot pelampung dengan kawan awak,” jelas catatan itu.

Catatan itu menambah aktiviti memancing merupakan hobi baru mangsa dan beliau dikatakan tidak sempat menggunakan umpan yang baru dibeli setelah sekian lama ternanti-nanti.

Dalam satu catatan berasingan, ia menyatakan mangsa telah pergi memancing bersama rakannya di Punggol pada Ahad. Rakannya difahamkan berada dalam keadaan selamat.

Catatan terbaru sekitar 11 malam pada Selasa menyatakan jenazah suaminya akan dimandikan di Kemudahan Penyediaan Pengebumian di Jalan Bahar pada tengah hari sebelum disembahyangkan dan dikebumikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >