Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leong Mun Wai diminta mohon maaf, tarik balik video ‘sia suay’ PSP mengenai isu Ridout Road

Jul 05, 2023 | 08:47 PM



Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, meminta setiausaha agung Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, memohon maaf dan menarik balik sebuah video yang dimuat naik parti itu yang dikatakan memberi tanggapan salah bahawa isu Ridout Road tidak diutarakan sepenuhnya di Parlimen.

Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), mengetengahkan pada Rabu satu Soal Peraturan terhadap video yang dianggap telah melanggar Akta Parlimen (Hak Istimewa, Imuniti dan Kuasa) itu.

Menurut beliau, video tersebut, yang dimuat naik di Facebook PSP lewat Selasa, telah memberikan gambaran salah tentang apa yang berlaku di Parlimen.

Video itu memaparkan detik bertikam lidah antara Timbalan Speaker Parlimen, Encik Christopher de Souza, dan Encik Leong, seorang Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), semasa isu banglo di Ridout Road dibahaskan di Parlimen pada Isnin.

Bahagian teks dalam catatan Facebook itu menyebut “Apa yang dipanggil sesetengah pengulas dalam talian sebagai detik sia suay “.


Ia disusuli detik bertikam lidah itu.

Cik Indranee berkata: “Apa masalahnya di sini?

“Video tersebut memberi gambaran salah tentang apa yang berlaku di Parlimen.

“Pertama ia memberi gambaran salah bahawa isu tentang Ridout (Road) tidak dapat dibahaskan sepenuhnya, kerana Timbalan Speaker tidak membenarkan perbahasa, meskipun ada permohonan yang dibuat Encik Leong agar ini dapat dilakukan.

“Jika anda fikirkan, ia bermula dengan apa yang dikatakan sesetengah pengulas dalam talian bahawa ini satu lagi detik sia suay.


“Apa itu sia suay? Memalukan.


“Apakah perkara yang memalukan?

“Teks video menyatakan bahawa Encik Leong perlu melakukan apa yang perlu untuk memastikan bahawa suara orang ramai didengar dan kemudian ia mempunyai ringkasan (blurb) yang seolah-olah menyatakan bahawa mereka diketepikan dan satu perbahasa tidak dibenarkan berlaku.

“Jadi salah pertama ialah mengatakan seolah-olah isu-isu tidak boleh dibahaskan sepenuhnya. Perbahasan tidak dibenarkan.

“Apa yang video ini tidak nyatakan dan apa kesnya ialah peraturan bagi kenyataan kementerian, anggota boleh bertanya soalan atau buat penjelasan tetapi tidak bagi usul, ia bukan untuk dibahaskan.

“Ia mungkin ada ciri teknikal, namun ia sesuatu yang patut diketahui semua Anggota Parlimen.”

Cik Indranee berkata apa yang tidak diketengahkan dalam video itu ialah soalan yang dikemukakan kepada menteri, dan menteri masih dipertanggungjawabkan. Mereka dedahkan diri mereka untuk disoal dan mereka menjawab, kata Cik Indranee.

“Dan kemudian ia memberi gambaran bahawa Encik Leong tidak dibenar mengemukakan soalan, yang sekali lagi, tidak benar.

“Jadi jika anda lihat pada transkrip sebenar, anda lihat bahawa Encik Leong sebenarnya bertanya sekitar 11 soalan atau penjelasan,” tambah Cik Indranee.

Beliau juga berkata bahawa video itu bak menyatakan bahawa penjelasan hanya mengambil masa sejam. Itu juga tidak benar, kata Cik Indranee.

“Keseluruhan sesi mengambil masa enam jam,” jelasnya.

Dalam jawapannya kepada Cik Indranee, Encik Leong berkata video yang dikeluarkan partinya itu hanya satu cara untuk melahirkan perasaan.

“Saya fikir bahawa saya selalu bersikap penuh hormat kepada Timbalan Speaker,” katanya, sambil menambah bahawa pihaknya akan membuat pertimbangan sekiranya ada permintaan daripada pemerintah terhadap mereka.

Cik Indranee kemudian berkata perkara sesuai yang boleh dilakukan kini ialah menarik balik video tersebut dan mengeluarkan satu bentuk permohonan maaf yang boleh diterima Parlimen pada Khamis.

Timbalan Speaker, Encik De Souza, kemudian menambah bahawa secara adil, beliau memberi peluang kepada Encik Leong lima kali untuk mengajukan soalan dan beliau sendiri mempelawa Encik Leong mengemukakan semua soalan itu, sebelum beliau membenarkan sesi Parlimen pada Rabu itu untuk berehat sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >