Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiausaha Agung PSP dedah partinya sedia bentuk pakatan dengan parti pembangkang lain

May 27, 2023 | 07:05 PM



MESKIPUN tarikh pilihan raya umum belum lagi ditetapkan, Parti Kemajuan Singapura (PSP) sudah bersiap sedia untuk bertarung memenangi undi rakyat Singapura.

Demikian yang dikongsi oleh setiausaha agung baru PSP, Encik Leong Mun Wai, dalam satu sidang media pada Sabtu di ibu pejabat PSP yang terletak di Upper Bukit Timah Road.

Turut bersamanya adalah pengasas dan pengerusi PSP Dr Tan Cheng Bok dan naib pengerusi Cik Hazel Poa.

Pada 3 April, Encik Leong telah dilantik sebagai setiausaha agung baru PSP, mengambil alih dari Encik Francis Yuen.

Encik Leong berkata PSP kini sedang membuat persiapan untuk melakarkan strategi bagi pilihan raya yang akan datang.

“Tumpuan saya sekarang adalah untuk menarik lebih ramai anggota baru dan mempersiapkan sukarelawan kami untuk mendekati penduduk.

“Penyertaan dalam kalangan ahli pada mulanya agak lembab, namun sejak enam bulan lalu, kami dapat lihat lebih ramai ahli yang menyertai PSP,” kata Encik Leong.

Dr Tan menambah tumpuan PSP adalah untuk menjadi parti “pilihan utama” bagi para pengundi dan bukan sekadar diundi kerana “pengundi tidak suka Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau Parti Pekerja (WP)”. 

Pada Pilihan Raya Umum 2020, PSP gagal memenangi sebarang kerusi.

Namun, Encik Leong dan Cik Hazel Poa telah dilantik oleh PSP untuk mewakili mereka di parlimen sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Dalam sidang media itu, Encik Leong berkata beliau bersikap terbuka untuk bergabung dengan parti lain.

“Kami bersedia untuk membentuk sebarang pakatan bersama parti pembangkang yang lain. Buat masa ini, kami belum ada sebarang perbincangan atau perjanjian, namun kami bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain,” kata Encik Leong.

Mengulas soal calon dan kawasan undi yang menjadi sasaran PSP pula, Encik Leong menambah bahawa perbincangan masih dijalankan dan masih belum lagi ada penentuan bagi senarai calon yang akan diketengahkan atau kawasan undi yang akan ditarung kelak.

Ketika ditanya, Cik Hazel Poa berkata PSP akan terus bersuara tentang isu kos sara hidup, pekerjaan untuk warga Singapura dan kemampuan warga Singapura untuk membeli rumah.

Selain itu, beliau menambah PSP juga akan memberikan lebih banyak tumpuan dalam dua bidang iaitu “kemajuan masyarakat” dan “membina masyarakat yang penyayang”.

“Buat masa ini, kempen kami adalah untuk mengetengahkan isu kemajuan masyarakat dalam segi akses kepada maklumat dan kepelbagaian masyarakat; dan membina masyarakat yang penyayang dengan menyediakan lebih banyak jaringan keselamatan sosial,” tambah Cik Hazel Poa.

Dr Tan pula berkata beliau gembira kerana dengan lebih ramai orang muda yang menyertai PSP sejak Pilihan Raya Umum 2020, imej PSP sebagai “parti orang tua” akan berubah.

Mengenai sama ada beliau sendiri akan bertanding, Dr Tan sekadar berkata beliau “sudah bersedia untuk GE2025”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >