Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima beranak diselamat dari kebakaran di Sengkang

Dua dewasa, seorang bayi dan dua kanak-kanak ditemui dalam bilik tidur, terhidu terlalu banyak asap
Jul 19, 2023 | 02:54 PM



Sebuah keluarga lima orang di Sengkang telah diselamatkan daripada satu kebakaran yang bermula di dapur pada awal Rabu.

Sekitar 50 penduduk dari blok terjejas dipindahkan polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebagai langkah berjaga-jaga, lapor akhbar The Straits Times.


SCDF dimaklumkan tentang kebarakan yang berlaku di unit tingkat empat Blok 280A Sengkang East Avenue pada 2.45 pagi Rabu.

Apabila tiba di tempat kejadian, para pegawai bombanya mendengar jeritan meminta tolong dari dalam unit yang terjejas, menurut SCDF. Pegawai bomba dari balai Punggol dan Sengkang itu kemudian memaksa masuk flat yang diselubungi asap itu melalui pintu depan. Api dipadam menggunakan jet air.

“Akibat bahang panas yang terlalu tinggi, ruang lain selain dapur juga mengalami kerosakan haba dan asap,” kata SCDF.

Keluarga lima orang itu, yang terdiri daripada dua orang dewasa, seorang bayi dan dua kanak-kanak, ditemui dalam sebuah bilik tidur dan diselamatkan oleh pagawai bomba.

Mereka dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana menghidu terlalu banyak asap. Seorang daripada mereka juga mengalami kecederaan ringan.

Siasatan awal menunjukkan kebakaran itu besar kemungkinan berpunca dari pada sumber elektrik di dapur.

Ini adalah kebakaran kedua minggu ini, selepas satu kebakaran di sebuah blok HDB di Serangoon yang mana seekor kucing telah dapat diselamatkan.

Untuk mengelakkan kebakararn dari sumber elektrik, SCDF menyarankan orang ramai mengamalkan perkara berikut:

  • Jangan hidupkan terlalu banyak peralatan melalui satu sumber elektrik.
  • Padamkan peralatan jika tidak digunakan.
  • Periksa perkakas untuk pastikan tiada wayar atau kord terkoyak atau retak, dan gantikan dengan segera jika ia berlaku.
  • Jangan jalankan wayar di bawah permaidani atau tikar dan jauhkan dari permukaan panas.
  • Gunakan perkakas dan plug elektrik yang ada Lambang Keselamatan. Kategori perkakas sedemikian boleh didapati di: www.consumerproductsafety.gov.sg
  • Jangan tinggalkan bateri atau peranti dicas tanpa diawasi bagi tempoh panjang atau semalaman.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >