Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima hujung minggu panjang dalam 2024

May 24, 2023 | 04:43 PM



WARGA Singapura dijangka dapat meraikan kedatangan tahun baru 2024 dengan penuh semangat dan keceriaan memandangkan sambutannya akan bermula dengan hujung minggu yang panjang.

Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu, hari tahun baru jatuh pada Isnin manakala 2024 bakal mempunyai empat hujung minggu yang merupakan hari cuti umum.

Tahun baru Cina (10 Februari dan 11 Februari) akan jatuh pada Sabtu dan Ahad, dengan hari cuti pada Isnin seterusnya. Penganut Kristian akan meraikan Good Friday pada 29 Mac.

Hari Raya Haji (17 Jun) akan jatuh pada Isnin, sementara Singapura meraikan Hari Kebangsaan (9 Ogos) pada Jumaat.

Secara keseluruhannya sejumlah 11 hari cuti umum diwartakan.

Yang lain termasuk– Hari Raya Puasa (10 April, Rabu), Hari Pekerja (1 Mei, Rabu), Hari Vesak (22 Mei, Rabu), Deepavali (31 Oktober, Khamis) dan Hari Natal (25 Disember, Rabu).

2023 telah bermula dengan hujung minggu panjang (1 Januari, Ahad), dengan enam hujung minggu bagi tahun ini yang merupakan hari cuti umum.

Tambah MOM, pekerja yang perlu kerja pada hari cuti umum boleh dapat tambahan gaji berjumlah sehari pada kadar gaji asas sebagai tambahan kepada kadar gaji kasar pada hari itu.

Majikan juga mempunyai pilihan untuk memberi hari cuti kepada pekerja, berasaskan waktu bekerja pada hari cuti umum diputuskan.

Selain itu, majikan dan pekerja boleh saling bersetuju bagi menggantikan cuti umum dengan hari kerja lain.

Tambahan pula, majikan mempunyai pilihan untuk memberi cuti sebagai ganti, berdasarkan bilangan waktu yang dipersetujui untuk bekerja pada hari cuti umum.

Ini melibatkan kepada pengurus dan eksekutif, pekerja pejabat bergaji lebih $4,500 sebulan dan pekerja kolar biru bergaji lebih daripada $2,600 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >