Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Loji air Kranji dipindahkan ke utara jelang 2034

Aug 17, 2023 | 04:05 PM



Loji Pemulihgunaan Air (WRP) Kranji akan dipindahkan ke kawasan utara menjelang 2034 dan tidak dapat dibangunkan semula di tapak sedia ada kerana adanya pelbagai kekangan dan kepayahan operasi, kata pihak berkuasa.

Pemindahan ini bermakna tapak WRP Kranji yang ada sekarang, terletak bersebelahan stesen MRT Kranji, akan dibuka untuk pembangunan baru yang boleh mewujudkan pekerjaan bagi melengkapkan pertumbuhan Daerah Eko Sungei Kadut.

Loji baru kelak akan mempunyai kapasiti lebih tinggi untuk memenuhi keperluan air terpakai dan NEWater di kawasan timur laut Singapura sekitar sedekad nanti.

Langkah pemindahan ini bagaimanapun menimbulkan keprihatinan di kalangan kumpulan pencinta alam semula jadi terhadap kesan ke atas ketersambungan ekologi, memandangkan loji baru dikatakan akan merentasi laluan hidupan liar yang menghubungkan Koridor Rel serta Mandai Mangrove dan Mudflat.

Untuk mengelakkan ini, pihak berkuasa diminta meneliti pilihan lain termasuk kebolehlaksanaan untuk membina semula loji itu ditempat yang asal.

Sebagai respons kepada pertanyaan The Straits Times sama ada pilihan ini dipertimbangkan, agensi air negara PUB, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) berkata pembangunan semula loji di tempat asal akan memerlukan penampan gangguan yang akan menceroboh sebahagian besar tapak kawasan lumba kuda di Kranji dan mengehadkan potensi pembangunan semula untuk perumahan.


Pertimbangan lain termasuk keperluan loji itu terus beroperasi semasa tempoh pembinaan kemudahan baru bagi memenuhi keperluan air di kawasan utara dan barat laut.

“Oleh itu, terdapat beberapa cabaran pembinaan dan operasi sekiranya WRP Kranji dibangunkan semula di tapak asal,” kata agensi-agensi itu.

Agensi-agensi pemerintah terlibat juga menyatakan, pemindahan yang akan dilakukan itu akan membebaskan ruang untuk pembangunan – seperti menawarkan ruang perindustrian – yang memberi “manfaat besar kerana dekat dengan stesen MRT”.

“Selain itu, perubahan itu akan melengkapkan perkembangan pertumbuhan Daerah Eko Sungei Kadut, menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan perusahaan, dan seterusnya mewujudkan lebih banyak pekerjaan lebih dekat dengan perumahan baru di tapak pembangunan semula Singapore Racecourse yang akan datang,” kata agensi-agensi itu.

Agensi-agensi terlibat menambah, pembangunan loji di tapak baru itu dapat dijayakan dengan penjajaran semula Koridor Rel untuk berjalan seiring dengan Woodlands Road ke stesen MRT Kranji.

Sebagai respons kepada cadangan Nature Society (Singapore), atau NSS, agar meluaskan lagi Koridor Rel yang dijajarkan semula demi mengukuhkan ketersambungan ekologi, agensi-agensi tersebut menekankan rancangan mereka adalah untuk menjadikan koridor itu berfungsi lebih luas selain mengukuhkan ketersambungan ekologi dengan “penanaman yang dipertingkatkan”.

NParks berkata, ia sedang mengkaji cara untuk meningkatkan ketersambungan ekologi di sepanjang Sungei Pang Sua dan Sungei Mandai – kedua-duanya adalah terusan yang menghubungkan paya bakau Mangrove Mandai dan Mudflat ke Koridor Rel.

Agensi-agensi itu juga akan meneroka cara untuk meningkatkan keterkaitan ekologi antara Tadahan Air Bahagian Tengah dan Mandai Mangrove dan Mudflat, yang merupakan habitat utama di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >