Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lori terbalik, tiang lampu tumbang di Bras Basah Road

Oct 12, 2023 | 04:33 PM



Seorang lelaki berusia 36 tahun dibawa ke hospital selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik di Bras Basah pada pagi Rabu.

Polis mengesahkan kemalangan berlaku di persimpangan Bras Basah Road dan Prinsep Road pada kira-kira 7.40 pagi. Pihak polis juga berkata pemandu lelaki itu dalam keadaan sedar.

Sebuah tiang lampu kelihatan tumbang di hadapan bangunan Sekolah Seni Singapura (SOTA) dengan serpihan bertaburan di sekitar kawasan itu di mana lori Nissan tadi terbaring.

Kejadian itu terjadi berhadapan sebuah kedai makan di seberang jalan.

Semasa dihubungi oleh Berita Harian, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang lelaki telah dibawa ke hospital dan tidak ada orang awam yang cedera.

Lori itu dipercayai telah terbabas sendiri lalu terbaring di tepi jalan.

Siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

Video berkenaan kemalangan telah dimuat-naikkan oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >