Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua orang cedera dalam kemalangan libatkan 5 kenderaan di AYE

Sep 21, 2023 | 07:06 PM



Dua orang dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya lima kenderaan berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pagi Khamis (21 Sep) dengan beberapa kenderaan terlibat diselubungi pasir yang mengalir keluar daripada sebuah trak.

Kesan kemalangan itu dikongsi beberapa pengguna di TikTok, dipercayai melibatkan dua lori pasir atau trak tipper, sebuah teksi dan dua van.


Dalam satu video dimuat naik oleh pengguna bernama muhamadapek665, sebuah teksi CityCab dihimpit antara dua van masing-masing berwarna perak dan putih yang berada di belakang sebuah trak.







Teksi dan kedua-dua van itu kelihatan diselubungi pasir berwarna kelabu dipercayai mengalir keluar daripada lori tersebut.

Salah satu van berwarna kelabu yang berada di belakang lori berkenaan kelihatan bonetnya remuk akibat kemalangan itu.

Sebuah lagi lori berada di belakang kawasan kemalangan tersebut juga kelihatan diselubungi pasir yang sama di bahagian pemandunya.







Dalam kenyataannya Polis berkata sekitar 10.20 pagi, ia menerima panggilan berkenaan satu kemalangan melibatkan dua lori tipper, dua van dan sebuah teksi di AYE.


Ia menambah seorang pemandu van wanita, berusia 35 tahun, serta seorang penumpang lelaki, berusia 39 tahun telah dikerjakan ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan sedang dijalankan, kata polis.

*Artikel ini telah dikemas kini hasil maklumat terkini pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >