Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas jalan raya: Pemandu terperangkap dalam lori berjaya dibebaskan

Aug 03, 2023 | 05:01 PM



Seorang pemandu lelaki berusia 44 tahun terperangkap dalam lori yang remuk ekoran kemalangan melibatkan lori tersebut dan satu trak di Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berjaya membebaskan lelaki itu dan beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat pada Rabu.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 3.20 petang sebelum laluan keluar Lentor Avenue.

Dalam pos Facebook, SCDF berkata lelaki itu ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu lori tersebut.

“Oleh kerana bahagian depan lori remuk teruk ke dalam, bahagian bawah tubuh lelaki itu tersepit di bawah papan pemuka,” kata SCDF.

Pegawai Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart) turut terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Anggota penyelamat SCDF menggunakan dua tanjakan hidraulik untuk menolak papan pemuka itu daripada pemandu lelaki itu supaya terdapat ruang yang mencukupi untuk membebaskan bahagian bawah tubuhnya.

“Alat memotong juga digunakan penyelamat untuk mengeluarkan pedal ‘clutch’ yang telah memerangkap kaki kiri lelaki tersebut,” kata SCDF.







Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pemandu lori lelaki berusia 44 tahun itu dibawa dalam keadaan sedar diri ke hospital.

Siasatan polis masih dijalankan, kata SPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >