Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA beli 44 tren baru bagi Laluan Rentas Pulau

Jun 14, 2023 | 04:01 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah membeli 44 kereta api enam gerabak untuk Laluan Rentas Pulau (CRL) yang akan dihantar ke sini mulai 2027.

Kontrak pembelian bernilai $580 juta itu diberi kepada konsortium CRRC Qingdao Sifang Co., Ltd dan Singapore CRRC Sifang Railway Vehicles Service Pte Ltd (CRRC Sifang), kata satu kenyataan LTA pada Rabu.

Kontrak itu termasuk pilihan mendapatkan 11 kereta api tambahan serta pilihan bagi Sokongan Perkhidmatan Jangka Panjang (LTSS).

Kereta api automatik CRL tersebut akan direka bentuk dan dihasilkan oleh CRRC Sifang di Qingdao, China.

Kereta api itu dijangka dihantar secara progresif mulai 2027, tepat pada masanya untuk memulakan operasi CRL Fasa 1 pada 2030.

Menurut LTA, kereta api itu sama seperti kereta api untuk Laluan Thomson-East Coast.

Setiap gerabak di kereta api baru itu akan mempunyai lima pintu untuk memudahkan penumpang naik dan turun dengan lebih pantas, sama seperti kereta api Thomson-East Coast Line. Kereta api di laluan MRT lain mempunyai empat pintu pada setiap sisi.

Untuk meningkatkan pergerakan dalam kereta api, lorong antara kereta api CRL adalah lebih luas, iaitu 1.6 meter, berbanding 1.4 meter pada kereta api di laluan lain.

Kereta api baru itu akan dijana satu sistem berkuasa 1500V D.C., yang akan meningkatkan kecekapan tenaganya berbanding sistem biasa yang berkuasa 750V D.C..

Untuk meningkatkan operasi dan penyelenggaraan, kereta api CRL akan merangkumi sistem pemantauan dan diagnostik untuk pengesanan awal kemungkinan kerosakan peralatan.

Beberapa kereta api itu juga akan dilengkapi dengan sistem Pemeriksaan Trek Automatik untuk memantau keadaan rel yang digunakan dan OCR dalam masa nyata.

Sebelum ini, CRRC Sifang pernah menawarkan bekalan kereta api untuk Laluan Utara-Selatan-Timur Barat dan Laluan Thomson-East Coast, melalui konsortium yang dibentuk bersama Kawasaki
Railcar Manufacturing.

Menurut LTA, CRRC Sifang juga mempunyai rekod prestasi yang mantap pada peringkat antarabangsa, setelah membekalkan kereta api ke Beijing, Shenzhen, Hong Kong, Chicago dan Sao Paulo.

CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura.

Ia dijangka menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada pembangunan sedia ada dan yang akan dibangunkan pada masa akan datang di koridor timur, timur laut dan barat.

CRL akan menghubungkan hab utama seperti Daerah Jurong Lake, Daerah Digital Punggol dan kawasan Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >