Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Luangkan masa bersama kanak-kanak di Pesta Tayangan BBC Earth

Oct 23, 2023 | 04:24 PM



Pesta Tayangan BBC Earth kembali pada 28 Oktober.

Dari 5.30 petang hingga 9 malam, ibu bapa boleh membawa anak mereka untuk menikmati tayangan rancangan animasi BBC, termasuk Hey Duggee, Go Jetters, Supertato dan Bluey di Supertree Grove di Gardens by the Bay.


Kemudian, lihat pratonton episod sulung Planet Earth III sebelum ia ditayangkan di skrin televisyen di Asia.


Dihoskan oleh Sir David Attenborough, siri dokumentari alam semula jadi itu adalah siri terakhir kepada trilogi Planet Earth.


Anak-anak muda bakal terpesona dengan adegan tingkah laku haiwan yang mereka jarang temui.

Di festival itu, mereka yang tiba awal akan mendapat beg jinjing BBC Earth eksklusif yang direka artis tempatan Sam Lo sambil menikmati aiskrim Kind Kones.

Kanak-kanak juga boleh menyertai kegiatan mengumpul setem untuk mendapatkan hadiah.

Ibu bapa pula boleh membaca buku kanak-kanak tempatan secara percuma bersama anak mereka.

Dalam satu buku cerita yang ditampilkan sempena temasya itu, terdapat kisah seorang budak lelaki bernama Amri yang diberi peranan istimewa dalam satu majlis perkahwinan Melayu.

Buat kali pertamanya, budak berusia 11 tahun itu ditugaskan untuk memegang bunga manggar sambil berjalan bersama kumpulan kompang.

Pembaca muda dapat mengetahui tentang upacara perkahwinan dan tradisinya melalui pengalamannya dalam cerita Escort For King of The Day.


Ditulis oleh Farihan Bahron dan diilustrasikan oleh Josef Lee, ia merupakan salah satu daripada lapan buku cerita kanak-kanak yang diilhamkan berdasarkan budaya dan agama tempatan.

Semuanya boleh didapati di laman web House Of Mini Picture Books, di mana ibu bapa dan kanak-kanak boleh membaca cerita dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >