Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar juga terima Pingat Emas Perseketuan Perniagaan S’pura

Lulusan terbaik diploma kulinari ITE kini lanjut ilmu di Perancis

Jul 31, 2023 | 11:09 AM



Sejak di sekolah menengah lagi, Encik Muhammad Cairel Razali lebih cenderung kepada kerja-kerja yang menggunakan kemahiran tangan dan kreativiti bukan akademik, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan bidang masak memasak.

Bahkan beliau, yang pernah belajar memasak daripada neneknya, sanggup menguji kecekapannya menyiapkan apa sahaja jenis makanan, termasuk hidangan barat di peringkat antarabangsa. Disebabkan itu, selepas Menengah 5, beliau meneruskan persekolahan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat dan mengikuti kursus Diploma Teknikal dalam Seni Kulinari.

Hasilnya sangat membanggakan apabila Encik Cairel, yang baru-baru ini dinamakan sebagai lulusan terbaik dan valediktorian bagi kohortnya, telah dianugerahkan Pingat Emas Perseketuan Perniagaan Singapura (SBF).

“Saya ini lebih baik dalam kerja-kerja hands-on dan tahu yang saya lebih bagus dalam perkara yang menggunakan tangan dan bukan yang perlu merujuk kepada buku.


“Seseorang itu tidak dapat pelajari cara untuk menjadi cef yang baik melalui buku. Hanya dengan menggunakan tangan sendiri, barulah seorang itu boleh cuba teknik dan cara memasak yang berlainan,” kata Encik Cairel, yang juga memenangi pingat perak dalam Cabaran Makanan & Hotel Kulinari Asia 2022 bersama rakan sekelasnya.

Ditanya mengenai perbandingan antara kursus Diploma Teknikal (TD) yang dipilihnya dengan sekolah kulinari swasta, Encik Cairel, 25 tahun, berkata bahawa kursus kulinari di institusi swasta tidak memberinya pengalaman yang sama seperti di ITE.

Menurutnya, kursus TD di ITE memberinya peluang untuk mencuba lebih banyak perkara dalam kurikulum yang disediakan.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau dimestikan belajar untuk memasak bermacam jenis daging, termasuk yang tidak halal – sesuatu yang beliau anggap mencabar tetapi perlu ditempuhi demi tuntutan pengajian.

“Apabila ditugaskan untuk memasak daging yang tidak halal, saya akan gunakan sarung tangan. Selepas itu, saya akan gunakan sabun sertu. Baju saya pula saya tidak akan cuci di rumah. Saya akan cuci di dobi.

“Ia mungkin perkara yang mustahil bagi ramai. Namun, demi meraih pengalaman, saya pastikan bahawa saya bersihkan diri dengan sempurna. Untuk bekerja dalam restoran Michelin dan sebagainya, saya harus ada ilmu memasak semua jenis daging,” ujar beliau yang menjalani latihan amali di restoran bertaraf Michelin, Table65 semasa menjalani kursus TD.

Beliau yang pada mulanya tidak dapat melayakkan diri untuk memasuki kursus TD atas dasar keputusan yang tidak begitu baik kini merupakan valediktorian dan pelajar dengan keputusan terbaik dalam kohortnya.

Encik Cairel akui sukar menggambarkan kesyukuran dan kegembiraannya mencapai anugerah tersebut dengan kata-kata.

“Perkara seperti ini baru untuk saya. Ini kali pertama saya diberikan anugerah dan pingat seperti ini. Sejujurnya saya memang tidak sangka akan diberi pengiktirafan seperti ini.

“Saya sangat bersyukur dan pencapaian ini akan mendorong saya untuk membuat yang lebih baik pada masa hadapan,” tambah Encik Cairel yang amat berterima kasih kepada ibunya atas sokongan yang tidak putus dari dulu hingga ke sekarang.

Kini, segala usaha Encik Cairel untuk membangunkan diri selepas kegagalan pada masa lalu membuahkan hasil. Tidak lama lagi, Encik Cairel bakal ke Perancis untuk mengambil Sarjana Kepimpinan Kulinari dan Inovasi selama 18 bulan. Selepas itu, Encik Cairel harap dapat menjadi seorang konsultan dalam sektor makanan dan minuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >