Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada disleksia tidak halang cita-cita dalami kemahiran buat kuih, pastri

​​Pelajar matang ITE berusia 29 tahun terima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew atas kecemerlangan semasa pengajian
Jun 03, 2023 | 05:30 AM



BAGI Encik Muhammad Fariqiel Jannah Ghabi, disleksia bukan penghalang untuk sambung belajar dan mengejar impian dalam bidang buat kuih dan pastri.

Bercakap dengan Berita Harian (BH), Encik Fariqiel, 29 tahun, yang juga lulusan Diploma Seni Halus (Penggambaran) daripada Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), membuat pilihan menceburi bidang tersebut kerana minat dan keinginan mempertingkatkan diri.


Semasa pandemik beliau kehilangan kerja sambilan dalam bidang makanan dan minuman (F&B).

Demi mengisi masa lapang dan memperbaiki diri, beliau mula berfikir tentang minatnya yang tercetus oleh ibunya yang sering membuat kek hari lahirnya.

“Kek-kek yang ibu saya sering membuat saya gembira dan sama sepertinya, saya ingin membuat orang lain gembira dengan pastri saya,” jelas anak kepada empat adik beradik itu.

Baru-baru ini, beliau menamatkan program Nitec dalam Pembakaran Kuih dan Pastri.

Walaupun sudah memiliki diploma dalam bidang lain, beliau sanggup mengambil jalan pengajian yang lebih panjang agar dapat memperjuangkan minatnya.

“Semasa di Nafa, saya rasakan bahawa bidang penggambaran tidak begitu sesuai bagi saya. Saya lebih gemar bakar kuih dan saya ingin kerja di dalam bidang ini.

“Saya rasa minat itu penting kerana minat menjadi dorongan bagi seseorang itu apabila mereka rasa tertekan atau sedih. Jadi, saya lebih rela sambung belajar dan berada dalam bidang yang saya minati,” kata Encik Fariqiel yang kini menjalani pengajian Nitec Lanjutan dalam Pembakaran Kuih dan Pastri.

Keputusan beliau tidak sia-sia apabila beliau memenangi tempat kedua dalam ‘FHA Culinary Challenge 2022’.

Pengalaman beliau dalam seni dan estetika di Nafa telah membolehkannya untuk bergabung dengan kemahiran kulinari agar dapat menghasilkan sebuah hasil seni coklat semasa pertandingan tersebut.

Encik Fariqiel merupakan antara sembilan pelajar daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menerima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew di samping 407 pelajar lain yang menerima anugerah lain di majlis penyampaian Anugerah Pencapai Pelajar ITE pada 25 Mei lalu.

Menyentuh tentang sokongan rakan, beliau akur bahawa rakan-rakan banyak mendorong dari segi memberi semangat walaupun mereka mempunyai jarak umur yang besar.

Encik Fariqiel yang juga telah lulus Nitec dalam Seni Kulinari Barat, pernah risau sebelum kebolehannya semasa memasuki kursus tersebut kerana beliau tahu pembelajaran bukan mudah

Semasa semester pertama, beliau berjaya meraih GPA 4.0 dan keputusan tersebut menjadi bukti ketekunan dan kesabaran beliau.

Dalam masa akan datang, beliau ingin membuka kafe sendiri yang bertemakan makanan fusion Perancis dan Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >