Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³ gembleng tenaga relawan karyawan bagi manfaat masyarakat

Program M3@Bandar diperkenal pula di Pasir Ris-Punggol
Oct 08, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH usaha mendekati masyarakat Melayu dengan lebih rapat sambil menggembleng tenaga sukarelawan daripada golongan karyawan telah dirasmi.



Diberi nama M³@Bandar, usaha tersebut diperkenalkan di Pasir Ris-Punggol semalam dan dikenali sebagai M³@Bandar di Pasir Ris-Punggol.



Jaringan tersebut terdiri daripada 20 sukarelawan Melayu/Islam daripada golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).



M³@Bandar sebelum ini dirintis di kejiranan Tampines.



M³@Bandar di Pasir Ris-Punggol dilancarkan di Kelab Masyarakat Pasir Ris-Elias oleh Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol, Encik Teo Chee Hean, serta Encik Zainal Sapari, Penasihat GRO Pasir Ris East yang juga Penasihat M³@Bandar di Pasir Ris-Punggol.



Menjelaskan tentang perkembangan M³ - kerjasama di antara Yayasan Mendaki, Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) - Encik Masagos berkata kepada media:



"Kami sedang melakarkan program untuk dijalankan di bandar, maka itu kami melancarkan inisiatif M³ di bandar Pasir Ris-Punggol, serta enam kawasan undi lain.



"Ini adalah satu cara mendekati masyarakat Melayu dengan lebih rapat dan menggalak mereka agar meraih manfaat daripada program yang bertujuan mempertingkatkan kebajikan, pendidikan dan integrasi mereka."



Usaha itu, menurutnya adalah satu wadah menggalak karyawan yang sudah berjaya dan mahu menyumbang semula kepada masyarakat.



"Kita telah melahirkan ramai karyawan yang cemerlang dalam kerjaya dan mahu sumbang tetapi tidak tahu bagaimana.



"Jadi menerusi inisiatif M³ di bandar, seperti Pasir Ris, kita dapat menggembleng tenaga karyawan agar tampil ke depan demi manfaat masyarakat. Saya tahu ramai lain juga mahu sumbang tenaga dan kepakaran," ujar Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air.



DPM Teo pula berkata inisiatif itu akan "menguatkan semangat gotong-royong di kalangan masyarakat Melayu/Islam di sini".



Mengenai tugasan segera sukarelawan di bandar itu, Encik Masagos berkata mereka diharapkan dapat membina jaringan lebih baik dengan semua lapisan masyarakat.



"Dengan jaringan lebih baik, kita dapat memperkenal dan melaksanakan program dengan berkesan khusus kepada golongan yang disasarkan, dengan lebih baik," tambahnya.



Sementara itu, Encik Zainal yang juga Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata inisiatif itu bertujuan membantu memenuhi keperluan dan aspirasi penduduk Melayu/Islam di kawasan itu.



"Tugas utama mereka adalah untuk memahami dengan lebih mendalam sumber yang ada serta keperluan masyarakat.



"Mereka kemudian boleh merancang program yang sesuai dan khusus bagi menangani cabaran masyarakat di sini," terang beliau.



Antara sukarelawan dalam rangkaian itu adalah Encik Abdul Wahab Mohamed Yusoff, Naib Presiden Asia Fourscout Technologies, yang berharap dapat memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya selama 30 tahun dalam bidang teknologi dan pembangunan perniagaan di rantau ini.



"Satu tumpuan saya ialah memastikan golongan belia diberi perhatian dan memberi mereka inspirasi.



"Ini kerana generasi muda adalah penting dan dalam pasaran buruh setempat yang ketat, kita mahu pastikan tiada yang ketinggalan," jelasnya.



Jaringan M³ juga akan ditubuhkan di Bedok, Choa Chu Kang, Jurong, Marsiling, Nee Soon dan Woodlands.



Program matematik bawah M³ mula tampak kesan 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >