Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH MADRASAH LBKM

Madrasah luaskan pandangan terhadap rintangan global

Jun 06, 2023 | 10:40 AM



BAGI Cik Haninah Rehan, pendidikan madrasah telah membuka matanya kepada golongan-golongan yang lebih memerlukan. Dalam temu bual dengan Berita Harian (BH), Cik Haninah, bekas pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah berusia 19 tahun, mengakui bahawa beliau kini lebih peka terhadap keperluan golongan tersebut melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah.

Madrasah Alsagoff Al-Arabiah telah menganjurkan pelbagai aktiviti sukarelawan bagi membantu golongan fakir miskin, seperti membekalkan makanan, membersihkan rumah fakir miskin, dan melawat orang tua di rumah tumpangan. Namun, pengalaman yang paling memberi impak dalam kehidupan Cik Haninah adalah ketika beliau mengunjungi Turkey dan berpeluang melawat al-Nokhba School, sebuah pusat pendidikan untuk kanak-kanak yatim pelarian Syria.

“Sewaktu di al-Nokhba School, saya dan rakan-rakan sedang mengajar nama-nama perabot dalam bahasa Inggeris. Kami mencari kipas di sekolah itu untuk memberikan contoh kepada murid-murid, tetapi kami tidak dapat menjumpai satu pun kipas,” jelas Cik Haninah yang mengikuti lawatan tersebut bersama 23 orang rakan sekelasnya.

Pengalaman itu telah membuka mata Cik Haninah dan membuatnya sedar bahawa tidak semua orang mempunyai kehidupan yang sama seperti dirinya. Namun, yang paling mengagumkan beliau adalah semangat dan keceriaan kanak-kanak di al-Nokhba School walaupun mereka tidak menikmati kehidupan sebaik dirinya di Singapura.

Selain mengajar, Cik Haninah dan rakan-rakannya juga telah mengumpul dana dan pakaian untuk membantu al-Nokhba School. Bagi Cik Haninah, peluang ini menjadi satu dorongan untuk meningkatkan kesedaran dan berusaha lebih gigih dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Pengalaman di luar bilik darjah ini merupakan satu pengalaman yang berharga dan penting bagi Cik Haninah, kerana ia telah membentuk personalitinya agar menjadi lebih memahami dan berempati terhadap keadaan orang lain.

“Pada mulanya, saya sendiri tidak menyedari kesukaran dan masalah yang dialami oleh orang lain. Melalui aktiviti dan peluang berinteraksi dengan masyarakat, saya sedar bahawa tidak semua orang mempunyai kehidupan yang sama seperti saya,” jelasnya.

Cik Haninah merupakan salah seorang daripada tiga pelajar madrasah yang menerima anugerah di Anugerah Madrasah ke-7 yang dianjurkan oleh Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM). Anugerah ini diberikan kepada pelajar dari kategori Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), peringkat GCE ‘O’ dan pra-universiti, yang mempunyai pencapaian baik dari segi keputusan pendidikan agama dan umum, serta kecemerlangan dalam bidang lain seperti kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kritis.

Cik Haninah adalah salah seorang penerima anugerah untuk peringkat pra-universiti.

Beliau akan melanjutkan pelajaran dan telah menerima tawaran dari Kolej Kemanusiaan dan Sains di Universiti Nasional Singapura (NUS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >