Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahasiswa S’pura di UK terjejas apabila pensyarah boikot

Jul 11, 2023 | 03:38 PM



Berpuluh ribu penuntut universiti di Britain, termasuk mahasiswa warga Singapura, terjejas dengan boikot oleh golongan pensyarah mereka yang enggan menyemak kertas ujian yang diserahkan.

Sejak lewat April, kakitangan di 145 universiti di Britain yang merupakan anggota Kesatuan Universiti dan Kolej enggan menyemak tugasan yang dihantar penuntut gara-gara pertikaian mengenai gaji dan keadaan kerja.

Boikot tersebut dijangka berlarutan sehingga hujung September dan melibatkan institusi seperti Universiti Cambridge dan Universiti Durnham, menurut laporan akhbar The Straits Times.


Ini bermakna mahasiswa tahun akhir dan mereka yang mengambil sarjana yang terjejas mungkin tidak akan menerima ijazah mereka dengan klasifikasi akhir dan pelajar lain mungkin tidak mempunyai markah yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut universiti berkaitan, usaha sedang dibuat untuk menyokong penuntut yang terjejas.

Dalam satu kenyataan, Universiti Edinburgh berkata kebanyakan mahasiswanya akan menerima ijazah dengan klasifikasi.

“Dalam kes lain, kami telah memberikan anugerah sementara atau kami masih belum dapat memberikan keputusan.

“Keutamaan kami ialah memastikan sebarang tugasan yang belum disemak dapat disemak tepat pada masanya agar kami boleh memberikan klasifikasi penuh dan muktamad kepada semua mahasiswa yang tamat program mereka tahun ini.

“Dalam pada itu, mahasiswa yang terjejas boleh meminta surat tamat pengajian yang boleh diberikan kepada majikan atau institusi lain untuk memberitahu keputusan yang telah mereka terima setakat ini serta kursus mana yang masih belum diberi markah,” menurut kenyataan itu.

Pemerintah Britain juga telah mengesahkan bahawa pelajar antarabangsa boleh memohon untuk melanjutkan kebenaran visa pelajar mereka sementara menunggu keputusan masing-masing.

Antara pelajar Singapura yang terjejas termasuk Cik Angela Ng, 22 tahun, yang telah menerima ijazah sarjana dalam sains perkomputeran dan muzik pada Jun.

Beliau yang menuntut di Universiti Glasgow telah menerima ijazahnya itu tanpa klasifikasi akhir kerana masih ada tugasannya yang belum disemak.

“Universiti kami telah beritahu bahawa tugasan akan disemak apabila pertikaian diselesaikan.

“Saya beruntung kerana telah menerima tawaran kerja di Singapura sekitar setahun lalu dengan syarat saya tamat pengajian.

“Majikan saya memahami situasinya sekarang dan berikutan perbincangan berkenaan surat bukti yang boleh diberikan oleh ketua subjek saya, majikan saya membenarkan saya meneruskan kerja,” kongsi Cik Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >