Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS diiktiraf 10 universiti terbaik dunia

Jun 28, 2023 | 04:11 PM



Universiti Nasional Singapura (NUS) telah mencipta sejarah sebagai antara 10 universiti terbaik di dunia.

Ia menduduki tempat kelapan dalam Edisi 2024 Rankings Universiti Dunia yang dikendalikan oleh syarikat berpangkalan Britain, QS Quacquarelli Symonds, yang diumumkan pada hari Rabu. Sebelum ini, NUS berada di tempat ke-11 dalam edisi 2023 yang dikeluarkan pada 2022.

Ia merupakan universiti berkedudukan tertinggi dalam Asia dan universiti Asia yang pertama disertakan dalam senarai 10 teratas kedudukan QS, yang didominasi oleh universiti dari Amerika Syarikat dan Britain.

Carta itu didahului oleh Institut Teknologi Massachusetts, seperti tahun-tahun sebelumnya, diikuti oleh Universiti Cambridge dan Universiti Oxford.

Universiti Harvard berada di tempat keempat, dan Universiti Stanford kelima.

Senarai kedudukan QS terkini ialah edisi ke-20 dan menampilkan metodologi yang dikemas kini dengan menggunakan tiga metrik baharu - komitmen institusi terhadap kemampanan, hasil pengambilan tenaga kerja dan rangkaian penyelidikan antarabangsa.

QS juga telah membuat beberapa perubahan pada pewajaran beberapa penanda sedia ada: reputasi akademik, reputasi majikan dan nisbah fakulti kepada pelajar.

Sebagai contoh, kini 30 peratus diperuntukkan bagi reputasi akademik, turun daripada 40 peratus, manakala 15 peratus diperuntukkan bagi reputasi majikan berbanding 10 peratus sebelum ini.

NUS berada di tempat ke-7 bagi hasil pengambilan tenaga kerja dan ke-15 bagi reputasi akademik. Ia menduduki tempat ke-54 di seluruh dunia bagi reputasi majikan dan ke-64 bagi kutipan setiap fakulti, yang mengukur impak penyelidikan.

Dalam satu kenyataan, presiden NUS Tan Eng Chye berkata: “Ini adalah yang pertama dalam sejarah NUS, untuk ditempatkan dalam 10 teratas dunia, di antara institusi-institusi berprestij lain di seluruh dunia.

“Ini adalah bukti keupayaan dan komitmen kami untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan merentas disiplin, bagi mengasuh graduan menjadi tangkas dan berdaya tahan dengan kemahiran yang pelbagai dan berpengetahuan tentang dunia yang sentiasa berubah.”

Beliau menambah: “Pencapaian ini tidak mungkin dikecapi tanpa sumbangan yang luar biasa dan hasil kerja cemerlang ahli fakulti, kakitangan dan pelajar kami yang berbakat, yang kekal komited menjadi lambang kualiti pendidikan kami yang terbilang dan mencipta impak positif di dalam dan luar bilik darjah.”

Ketua Eksekutif QS, Jessica Turner berkata: “Pencapaian yang julung kali ini menandakan detik yang luar biasa bagi pendidikan tinggi Asia dan mempamerkan dedikasi NUS terhadap kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan kemampanan.”

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tempat ke-26 dalam senarai kedudukan terbaharu, turun daripada tempat ke-19 dalam edisi sebelumnya.

Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berada di kedudukan ke-545, dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) membuat penampilan sulungnya di tempat ke-429.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >