Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan digesa beri kenaikan gaji adil kepada pekerja: NTUC

Bayaran gaji sekali khas kepada semua pekerja, keutamaan kepada golongan pendapatan rendah hingga sederhana
Oct 31, 2023 | 06:35 PM



Majikan digesa memberi ganjaran kepada pekerja dengan kenaikan gaji yang adil dan mengadakan bayaran berubah-ubah bagi menangani tekanan kos sara hidup tinggi, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew.

Menyatakan demikian semasa sidang media bersama bagi mengumumkan garis panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) yang dikeluarkan pada Selasa, Cik Liew menggesa majikan agar melaksanakan Garis Panduan NWC 2023/2024 yang menitikberatkan perkongsian pendapatan berdasarkan produktiviti dan keuntungan syarikat.

“Maklum balas daripada pekerja menunjukkan perlunya sokongan selanjutnya untuk golongan pekerja yang bergaji rendah, bergaji sederhana dan golongan yang tersepit dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup di tengah-tengah tekanan inflasi,” kata Cik Liew.

Pada Selasa, NWC telah menyeru agar majikan memberikan bayaran sekali khas kepada semua pekerja, dengan memberi keutamaan kepada pekerja berpendapatan rendah hingga sederhana.

Ia juga menggesa majikan untuk memberikan pekerja yang meraih pendapatan sebanyak $2,500 dan ke bawah, dengan kenaikan gaji antara 5.5 hingga 7.5 peratus berdasarkan gaji kasar mereka, atau sekurang-kurangnya antara $85 hingga $105, yang mana lebih tinggi.

“Kuantum minimum tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas dan ini akan membantu pekerja bergaji rendah merapatkan jurang gaji median.

“NTUC juga menyokong seruan NWC untuk pekerja bergaji lebih rendah mendapatkan kenaikan gaji peratusan yang lebih tinggi,” kata Cik Liew.

Selain itu, rakan kongsi tiga pihak juga telah menyemak dengan ketara keperluan untuk menaikkan Gaji Progresif mengikut Pekerjaan (OPW) untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pentadbir dan pemandu, serta membantu mereka merapatkan gaji median.

Garis panduan itu, yang akan berkuatkuasa dari 1 Julai 2024 sehingga 30 Jun 2026, akan memanfaatkan kira-kira 64,000 pekerja bergaji rendah sepenuh masa dalam pekerjaan pentadbiran dan pemandu. Daripada jumlah ini, kira-kira 52,000 boleh menjangkakan kenaikan gaji mulai 1 Julai 2024.

Di bawah panduan terkini, pembantu pentadbir yang berpendapatan sekurang-kurangnya $1,500 sekarang, mesti dibayar gaji kasar bulanan sekurang-kurangnya $1,800 menjelang 30 Jun 2025, dan sekurang-kurangnya $1,980 menjelang 30 Jun 2026.

Penyelia pentadbiran yang memperoleh sekurang-kurangnya $2,800 sekarang, mesti dibayar gaji kasar bulanan sekurang-kurangnya $2,980 menjelang 30 Jun 2025 dan sekurang-kurangnya $3,160 menjelang 30 Jun 2026.

Pemandu am yang berpendapatan sekurang-kurangnya $1,750 sekarang, mesti dibayar sekurang-kurangnya $1970 menjelang 30 Jun 2025 dan $2,190 menjelang 30 Jun 2026.

Menurut NWC, keperluan OPW ini selaras dengan 18 saranan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah yang pemerintah telah terima pada Ogos 2021.

Model Gaji Profesif (PWM) bagi pekerja pentadbir dan pemandu telah bermula sejak Mac 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >