Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan perlu utamakan usaha bangun kemahiran pekerja sedia ada: Maliki

54,000 syarikat dengan pendapatan tahunan kurang $100 juta dapat raih manfaat daripada pembelajaran sistematik di tempat kerja
Oct 25, 2023 | 04:59 PM



Apabila keupayaan baru diperlukan di tempat kerja, majikan harus mengutamakan pelaburan dalam membangunkan kemahiran pekerja sedia ada daripada mengambil pekerja baru, kata Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau menekankan peranan penting perniagaan dalam usaha membangunkan tenaga kerja Singapura, terutama dalam menghadapi cabaran pasaran kerja lebih ketat sekarang dalam ucapan di Persidangan Pembelajaran di Tempat Kerja di Pusat Konvensyen Suntec City pada Rabu.


Pelaburan dalam pekerja sedia ada juga perlu dilihat sebagai strategi utama majikan bagi memastikan ia tidak hanya bergantung pada pekerja baru untuk memenuhi keperluan yang berubah.

“Apabila keupayaan baru diperlukan, daripada sekadar mengambil pekerja baru, perniagaan boleh dan perlu mempertimbangkan melabur dalam usaha mempertingkat kemahiran pekerja sedia ada.

“Bagi kedua-duanya, majikan dan pekerja, pembelajaran di tempat kerja bukan sekadar alternatif lebih mudah daripada pembelajaran rasmi di bilik darjah, yang memerlukan pekerja memperuntuk masa di luar tempat kerja. Ini juga cara terbaik memberikan konteks pada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi tugasan di tempat kerja,” kata Dr Maliki.

Persidangan itu, yang diadakan buat tahun kedua, dianjurkan bersama oleh lima politeknik, Institut Pembelajaran Dewasa, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Institut Teknologi Singapura (SIT) serta disokong SkillsFuture Singapura (SSG).

Dengan tema “Menjadikan Pembelajaran di Tempat Kerja sebahagian daripada Perniagaan”, sidang tahun ini mengiktiraf syarikat berpangkalan di Singapura yang komited pada usaha menguat kuasa struktur kukuh bagi pembelajaran dan kemajuan pekerja.

Dalam ucapannya, Dr Maliki berkata melalui pelaburan menggalak pembelajaran di tempat kerja, majikan boleh menonjolkan komitmen mereka pada pertumbuhan profesional pekerja mereka.

“Ini kemudian mewujudkan nilai unik bagi syarikat untuk menarik dan mengekalkan bakat.

“Dengan lebih banyak syarikat menerapkan amalan pembelajaran di tempat kerja yang berkesan, pada peringkat nasional kita boleh bersama-sama meningkatkan produktiviti, keupayaan menyesuaikan diri dan daya tahan tenaga kerja,” katanya.

Semasa persidangan itu, 10 syarikat diberi Pensijilan Pembelajaran di Tempat Kerja Nasional, yang mengiktiraf usaha dan komitmen mereka menggalak budaya pembelajaran di tempat kerja.

Menurut Dr Maliki, sekitar 54,000 syarikat dengan pendapatan tahunan kurang $100 juta berpeluang meraih manfaat daripada pembelajaran sistematik di tempat kerja.

“Berbanding syarikat besar dan syarikat berbilang negara (MNC), mereka mungkin memerlukan bantuan lebih untuk menguat kuasa rangka kerja latihan sambil bekerja.

“SSG dengan Pusat Kecemerlangan Nasional bagi Pembelajaran Tempat Kerja (NACE) dan rakan kongsi industri lain akan cuba mendekati syarikat-syarikat ini sedaya mungkin,” kata Dr Maliki.

Beliau juga mengenal pasti beberapa kunci utama yang dapat membantu majikan menerapkan budaya mempertingkat kemahiran dan memastikan pembelajaran di tempat kerja lebih terbuka bagi semua pekerja.

Ini termasuk menyepadukan usaha membangun kemahiran dengan rancangan transformasi dan proses perniagaan syarikat dan memanfaatkan teknologi yang dapat menjadikan peluang pembelajaran lebih mudah dimanfaatkan semua pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >