Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki ke Kepulauan Riau bagi lawatan kerja

Aug 10, 2023 | 03:36 PM



Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, akan membuat lawatan kerja ke wilayah Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, dari 10 hingga 12 Ogos 2023.

Dalam lawatannya, Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, akan bertemu Gabenor Kepri Encik Ansar Ahmad, Datuk Bandar Batam dan Pengerusi ex-officio BP Batam, Encik Muhammad Rudi, serta pemimpin Kepri.


Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dikeluarkan pada Khamis, Dr Maliki juga akan membuat lawatan ke industri makanan pertanian, masyarakat perniagaan, serta fakulti dan bertemu pelajar di Politeknik Batam bagi memperluas dan memperdalam kerjasama Singapura dengan Indonesia dan wilayahnya.

Di samping itu, Dr Maliki, yang diiringi pegawai MFA, juga akan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang dihoskan oleh Konsulat Jeneral Singapura di Batam sebagai Tetamu Terhormat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >