Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Algeria teroka usaha perkukuh kerjasama dua hala

Nov 09, 2023 | 05:59 PM



Singapura dan Algeria sedang meneroka mewujudkan sebuah perundingan politik sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama dua hala, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Ini susulan perbincangan yang diadakan antara Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, bersama Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar dan Masyarakat Luar Negara Algeria, Encik Lounes Magramane.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, sedang melakukan lawatan kerja ke Algiers, Algeria, dari 7 hingga 8 November, untuk mengesahkan hubungan mesra dan berpanjangan antara Singapura dengan Algeria selama 40 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Semasa pertemuan itu, Dr Maliki dan Encik Magramane turut bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau, dan mengesahkan komitmen kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam forum antarabangsa.

Dr Maliki juga mengalu-alukan Algeria untuk menyertai Program Kerjasama Singapura dan Pakej Perkongsian Singapura-Afrika.

Beliau juga bertemu Menteri Ehwal Agama dan Wakaf, Encik Youcef Belmehdi, di mana mereka bertukar pandangan mengenai ehwal agama dan peranan agama dalam dunia yang moden dan berbilang agama.

Secara berasingan, Dr Maliki juga bertemu Menteri Latihan Vokasional dan Pendidikan, Encik Yaccine Merabi dan melawat institut vokasional Algeria, yang sama seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Singapura.

Kedua-dua Menteri mengalu-alukan pertukaran pengalaman dan kepakaran dalam latihan vokasional dan bersetuju tentang kepentingan latihan semula kemahiran untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi.







Dr Maliki turut bertemu dengan Menteri Ekonomi Ilmu, Pemula dan Perusahaan Mikro, Encik Yacine Oualid dan Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan, Encik Lahbib Zahani.







Mereka meneroka usaha memudahkan pertukaran perniagaan untuk syarikat pemula dari kedua-dua negara dalam bidang keselamatan siber dan pendigitalan, serta kerjasama dalam pengurusan pelabuhan dan logistik.

“Kami meneroka usaha untuk meneruskan kerjasama dalam kerjasama maritim. Saya juga menjemput pegawai mereka untuk melawat Singapura, termasuk lawatan sambil belajar melalui Program Kerjasama Singapura, untuk belajar daripada pengalaman masing-masing,” kata Dr Maliki.

Sebelum berangkat, Dr Maliki turut menghadiri majlis jamuan malam yang dihos oleh Duta Besar Singapura ke Algeria, Encik Mohammad Alami Musa, bersama wakil daripada Majlis Pembaharuan Ekonomi Algeria, Gabungan Majikan Warganegara Algeria dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Algeria di mana mereka membincangkan peluang peniagaan dan juga perkembangan terkini di Algeria.

Susulan lawatannya di Algeria, Dr Maliki akan meneruskan lawatan kerjanya ke Kahirah, Mesir, untuk bertemu pemimpin Mesir dan wakil masyarakat perniagaan Singapura yang berada di Mesir.

Semasa di Mesir juga, Dr Maliki akan menyaksikan penyaluran bantuan kemanusiaan daripada Persatuan Palang Merah Singapura kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin kepada agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >