Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa banjir Pakistan masih derita lebih 6 bulan setelah dilanda bencana

Sep 27, 2023 | 05:31 AM



Lebih enam bulan setelah Pakistan mengalami antara banjir paling dahsyat sejak 2010, air terus membanjiri beberapa wilayah negara itu, kata Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Dalam laporan daripada lawatan pemantauannya ke negara itu dari 19 hingga 26 Julai lalu, RLAF berkata wilayah Sindh, yang terkenal dengan sumbangan besarnya kepada pengeluaran beras, kapas dan tebu Pakistan, terjejas teruk disebabkan kehadiran berpanjangan air banjir.

Lebih 1,100 nyawa terkorban dan 33 juta individu terjejas akibat bencana yang berlaku pada 2022 itu.

“Sudah lebih setengah tahun, air banjir daripada bencana tahun lalu terus menjejas beberapa wilayah, menghalang keupayaan petani mengusahakan tanah mereka, menjejas ladang pertanian dengan ketara dan menghalang proses pemulihan.

“Tanah ladang kekal berair dan tidak sesuai untuk pertanian. Akibatnya, petani di rantau ini terus menghadapi cabaran untuk menghasilkan tanaman penting, mengancam mata pencarian mereka dan memburukkan lagi kebimbangan keselamatan makanan.

“Banjir menjejas ladang pertanian dengan teruk, mengganggu kehidupan petani dan menghalang sumbangan wilayah itu kepada pengeluaran beras, kapas dan tebu negara,” jelas RLAF.

RLAF dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) telah mengumpulkan $432,852 bagi membantu mangsa bencana alam di Pakistan itu.

Sebagai sebahagian lawatan pemantauan yang dilakukan RLAF dan SRC ke Badal Khan Brohi di Larkana pada 22 Julai lalu, mereka melihat sendiri model rumah perlindungan yang dibina untuk membantu keluarga yang terjejas.

RLAF juga melawat loji rawatan air berkuasa solar Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan (PRCS) di Ratodero, daerah Larkana, Sindh, yang baru dibuka pada Mei 2023.

Loji tersebut dibina untuk memenuhi keperluan masyarakat yang terjejas oleh banjir dengan menyediakan air bersih dan boleh diminum.

“PRCS sedang beralih ke fasa pemulihan yang mana penilaian pemulihan komprehensif telah dirancang dan sedang dijalankan untuk menentukan keperluan di seluruh wilayah yang terjejas banjir di Pakistan.

“PRCS sedang melibatkan diri dengan pelbagai pihak berkepentingan utama untuk mengenal pasti inisiatif yang mampan dan menerima pakai pendekatan berperingkat untuk menyokong penduduk yang terjejas banjir dengan menyasarkan kawasan yang paling teruk terjejas dalam fasa awal intervensi pemulihan,” tambah RLAF dalam laporannya.

Secara berasingan, RLAF sedang mengumpul derma untuk membantu mangsa gempa bumi Maghribi. Usaha itu akan berakhir pada 27 September 2023.

Yayasan tersebut kemudian akan mula mengumpul derma bagi mangsa banjir Libya pada 2 Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >