Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP WP, Png Eng Huat ganti Faisal Manap sementara dirawat di hospital

Jul 27, 2023 | 05:19 PM



Mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) dan ahli jawatankuasa eksekutif pusat, Encik Png Eng Huat, menggantikan tempat AP GRC Aljunied, Encik Faisal Manap, dalam sesi bertemu rakyat (MPS) pada Rabu, lapor The Straits Times.


Pada Selasa, WP menyatakan bahawa Encik Faisal dimasukkan ke hospital pada malam Isnin disebabkan keadaan jantung, dan menambah bahawa beliau yang berusia 48 tahun dalam keadaan sedar dan berada di unit rawatan rapi.

Encik Png memberitahu ST pada Rabu bahawa beliau akan menggantikan Encik Faisal selama dua minggu yang akan datang.

“Kami satu pasukan, jadi saya tidak teragak-agak untuk membantu. Bagi saya, ini bukan satu isu,” katanya, selepas sesi tersebut yang diadakan di kolong Blok 550, Jalan Bedok North Avenue 1.

Semasa tempoh rehat Encik Faisal, AP GRC Aljunied – Cik Sylvia Lim, Encik Gerald Giam, dan Encik Pritam Singh, serta ahli-ahli parti lain akan mengambil alih tugas-tugas konstituen beliau.

Encik Png, yang menjadi AP SMC Hougang dari 2012 hingga 2020, berkata bahawa beliau pernah menjadi pembantu perundangan Encik Faisal selepas Pilihan Raya Umum 2011 sebelum beliau menjadi AP dan bukan suatu perkara yang asing membantu penduduk. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya 2020.

“Ramai penduduk katakan bahawa mereka harap Encik Faisal sembuh dengan baik,” kata Encik Png.

Encik Png berkata walaupun beliau mengambil keputusan untuk berundur dari barisan hadapan parti pada 2020, beliau masih lagi membantu di belakang tabir.

Seorang sukarelawan di MPS, Encik Hiskandar Zulkarnaen Hasshim, 42 tahun, berkata para sukarelawan terkejut dengan keadaan kesihatan Encik Faisal kerana Ahli Parlimen tersebut sibuk bekerja pada hujung minggu sebelumnya dengan kunjungan ke ladang ikan, kebun serta mengambil bahagian dalam pembahagian paf durian kepada penduduk.

“Kami masih menyesuaikan diri,” kata Encik Hiskandar, seorang penulis bebas dan guru tuisyen bahasa Melayu.

“Keutamaan kami adalah penduduk dan memastikan keperluan mereka dipenuhi. Ramai penduduk yang datang mencari Encik Faisal untuk mendapatkan bantuan dan mereka juga sangat rapat dengannya secara peribadi,” tambah beliau.

Encik Hiskandar juga menyatakan bahawa ramai sukarelawan telah melawat Encik Faisal di hospital. Pada Selasa, Encik Faisal memberitahunya bahawa beliau sudah boleh berpindah ke wad rawatan selanjutnya dari unit rawatan rapi (ICU).

Encik Abdul Kadir, 62 tahun, pula mengunjungi MPS pada malam Rabu untuk melihat sama ada Encik Faisal berada di sana.

Pekerja perkhidmatan kiriman cepat itu berkata: “Saya agak terkejut apabila membaca berita. Saya harap beliau baik-baik sahaja. Saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Beliau orang yang sangat baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >