Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP WP Faisal Manap di ICU akibat sakit jantung

Jul 25, 2023 | 06:11 PM



Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied yang juga naib pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, dimasukkan ke hospital pada Isnin malam disebabkan penyakit jantung.

Beliau sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), tetapi WP berkata pada Selasa bahawa Encik Faisal berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Keluarganya menghargai keprihatinan orang ramai, dan mereka telah meminta privasi supaya beliau boleh memberi tumpuan pada pemulihannya,” tambah WP.

Berita Harian difahamkan bahawa Encik Faisal sedar dan mampu menjawab mesej melalui WhatsApp, meskipun masih berehat di hospital. Beliau juga menerima kunjungan kenalan di hospital pada Selasa.


Buat sementara ini hingga beliau pulih, AP GRC Aljunied yang lain – Cik Sylvia Lim, Encik Gerald Giam dan Encik Pritam Singh – serta anggota lain parti itu akan mengambil alih tugas Encik Faisal di kawasan undi beliau.

Perjalanan politik Encik Faisal bermula pada 2011 apabila pasukan WP yang dianggotai beliau, Encik Low Thia Khiang, Encik Pritam, Cik Lim, dan Encik Chen Show Mao waktu itu memenangi GRC Aljunied dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2011.

Kemenangan itu merupakan detik pertama dalam sejarah Singapura di mana pasukan pembangkang berjaya memenangi GRC daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).

WP berjaya mempertahankan kerusi GRC Aljunied pada GE 2015 dan 2020.

Pada GE 2020, Encik Gerald Giam dan Encik Leon Perera menyertai pasukan GRC Aljunied WP setelah Encik Low Thia Khiang dan Encik Chen Show Mao bersara daripada politik.

Baru-baru ini, Encik Perera meletak jawatan daripada WP kerana didapati berbohong mengenai hubungan sulitnya bersama seorang anggota kanan WP, Cik Nicole Seah, yang disyaki bermula selepas GE 2020.

Dengan ketiadaan Encik Faisal, dan peletakan jawatan Encik Perera, pasukan GRC Aljunied WP kini diurus oleh tiga AP – Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Giam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >