Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan CEO NTUC Income serah borang sebagai calon presiden

Mahu tunggu Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden sahkan calon-calon sebelum putuskan untuk masuk bertanding
Jul 31, 2023 | 05:30 PM



Mantan calon presiden, Encik Tan Kin Lian, berkata beliau sudah pun menyerahkan permohonan sijil kelayakan bagi pilihan raya presiden akan datang, namun belum memutuskan sama ada mahu bertanding.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, Encik Tan berkata, beliau akan menantikan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) mengesahkan calon-calon sebelum beliau memutuskan sama ada untuk masuk bertanding.

Mantan ketua eksekutif NTUC Income berusia 75 tahun yang bertanding dalam pilihan raya presiden 2011 itu berkata, beliau percaya beliau memenuhi syarat untuk bertanding, seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan, lapor The Straits Times (ST).


Ekuiti pemegang saham NTUC Income adalah melebihi $500 juta sepanjang tiga tahun terakhir perkhidmatannya di syarikat itu, katanya.

Mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang telah mengumumkan hasratnya memegang jawatan presiden, juga berkemungkinan memenuhi keperluan yang ditetapkan, kata Encik Tan.

“Saya tak pasti sama ada lagi dua bakal calon, Encik George Goh dan Encik Ng Kok Song, memenuhi keperluan penuh yang ditetapkan.

“Namun, saya sedar bahawa PEC mempunyai kuasa untuk memberikan pengecualian bagi beberapa kekurangan,” tambah beliau.

Senarai calon yang layak akan diumumkan beberapa hari sebelum Hari Penamaan Calon apabila PEC mengumumkan siapa yang telah berjaya memperoleh sijil kelayakan.

Calon-calon kemudian perlu menyerahkan sijil mereka pada Hari Penamaan Calon, bersama dokumen lain.

Encik Goh, seorang usahawan, dan Encik Ng, mantan ketua pelaburan di GIC, kedua-duanya sebelum ini mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding jawatan presiden.

Encik Goh akan memohon di bawah laluan penilaian sektor swasta.

Tidak jelas sama ada beliau akan memenuhi keperluan di bawah Perkara 19(4)(a) Perlembagaan yang menghendaki calon sektor swasta menjadi eksekutif paling kanan syarikat dengan sekurang-kurangnya $500 juta dalam ekuiti pemegang saham.

Encik Ng pula akan memohon di bawah laluan penilaian sektor awam kerana peranannya di GIC sebagai ketua pegawai pelaburan bukanlah peranan eksekutif paling kanan.

Terpulang kepada PEC untuk menentukan sama ada mana-mana bakal calon – dan mana-mana pemohon berpotensi lain di bawah laluan penilaian – mempunyai pengalaman dan keupayaan yang diperlukan bagi peranan itu.

Encik Tan, yang berkata beliau mengemukakan permohonannya pada 11 Julai melalui proksi, adalah salah seorang daripada empat calon dalam pilihan raya presiden 2011.

Beliau telah diberikan sijil kelayakan oleh PEC, bersama tiga yang lain – Dr Tony Tan, Dr Tan Cheng Bock dan Encik Tan Jee Say.

Encik Tan menerima 4.91 peratus undi, yang paling rendah di kalangan empat calon itu.

Beliau kehilangan deposit pilihan raya sebanyak $48,000 kerana tidak menerima sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >