Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Presiden Halimah dianugerah penghormatan awam tertinggi negara

Oct 29, 2023 | 08:07 PM



Khidmatnya yang cemerlang selama lebih empat dekad menjadi bukti keupayaannya dalam menghadapi pelbagai rintangan dan membuka jalan bagi kaum wanita.

Selama tempoh khidmat itu juga, mantan Presiden Halimah Yacob telah mencatatkan banyak pencapaian sulung.

Antaranya termasuk sebagai warga Singapura pertama dipilih menyertai Badan Pentadbiran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); wanita Melayu pertama dilantik sebagai Anggota Parlimen (AP); wanita pertama menjadi Speaker Parlimen; dan wanita pertama menyandang jawatan tertinggi negara iaitu sebagai ketua negara iaitu Presiden.

Sumbangan serta khidmatnya yang berterusan dan tidak ternilai kepada Singapura itu diiktiraf dan Puan Halimah telah dikurniakan anugerah awam tertinggi negara, Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi) pada Ahad.

Puan Halimah, 69 tahun, telah menerima anugerah itu dari Presiden Tharman Shanmugaratnam di Majlis Anugerah Kebangsaan yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.

Puan Halimah telah memulakan kerjayanya dalam Gerakan Buruh pada 1978 di mana beliau bertekad memperjuangkan isu-isu pekerja sebelum akhirnya menyandang jawatan selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Beliau dipilih menjadi Anggota Parlimen pada 2001, dan berkhidmat selama empat penggal, termasuk selaku Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan dari 2011 hingga 2012, di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dari 2012 hingga 2013 dan sebagai Speaker Parlimen dari 2013 hingga 2017.

Dalam kata-kata penghargaan buat Puan Halimah semasa majlis itu, sanjungan diberi terhadap dedikasi Puan Halimah memperjuangkan pelbagai isu sosial, termasuk mewujudkan peluang-peluang untuk ibu-ibu tunggal dan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Beliau dipilih menjadi Presiden Singapura kelapan pada 2017 dan telah memartabatkan imej Singapura di mata dunia, mengeratkan hubungan Singapura dengan negara lain dan membuka peluang ekonomi baru.

“Beliau juga merupakan simbol perpaduan yang kuat untuk rakyat Singapura; satu inspirasi kepada semua, baik tua dan muda; “Presiden untuk semua”, seperti yang dijanjikan beliau pada hari pelantikannya,” tambah kata-kata penghargaan itu lagi.


Puan Halimah juga telah menggunakan kuasa Presiden sebagai pelindung rizab negara pada skala yang belum pernah disaksikan sebelum ini semasa tempoh pandemik di mana beliau meluluskan penggunaan hingga $69 bilion.

“Perjalanan hidup luar biasa Puan Halimah, daripada permulaan yang sederhana hingga menjadi Ketua Negara wanita minoriti yang pertama menjadi bukti bahawa setiap rakyat Singapura boleh mencapai impian mereka, tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, atau latar belakang keluarga,” menurut kata-kata penghargaan itu lagi.


Individu terakhir yang menerima anugerah awam tertinggi negara ialah mantan Menteri Kanan, Profesor S Jayakumar. Tiga mantan presiden Singapura – Dr Tony Tan Keng Yam, Encik S R Nathan dan Encik Wee Kim Wee – turut dikurniakan anugerah tersebut yang sebelum ini digelar Darjah Utama Temasek (Kelas Pertama).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >