Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos alu-alu kerjasama, pelantikan kepimpinan baru Pertapis

Oct 11, 2023 | 05:48 PM



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengutuskan ucap tahniah kepada Presiden baru Pertapis, Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin, atas pelantikannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-53 Pertapis baru-baru ini.

Encik Mohamed Shaharin, yang sebelum ini merupakan setiausaha agung Pertapis, mengambil alih jawatan itu bagi penggal dua tahun yang berakhir pada 2025.

Dalam satu hantaran Facebook pada Rabu, Encik Masagos turut merakamkan penghargaan kepada mantan Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sejak 2009.

“Kepimpinan Encik Hussaini telah mengekalkan peranan penting Pertapis dalam menyokong masyarakat Melayu/Islam dengan bantuan pendidikan dan bantuan sosial yang bermutu,” ujar beliau.

Encik Masagos menambah beliau mengalu-alukan kerjasama dengan kepimpinan baru Pertapis dan juga antara pertubuhan tersebut dan M3 bagi “menyelaraskan usaha untuk mempertingkatkan mutu kehidupan masyarakat”.


Dalam AGM Pertapis baru-baru ini, sembilan lagi individu telah dilantik menganggotai lembaga baru.

Ia terdiri daripada naib presiden, Encik Muhammad Danial Fadzlon; setiausaha agung, Encik Fazil Abdul Hamid; setiausaha kewangan, Encik Fathuddin Abdul Hamid; dan penolong setiausaha kewangan, Encik Raja Fuad Raja Rom.

Lima ahli jawatankuasa eksekutif baru iaitu Encik Abu Bakar Farid, Ustazah Nur Hani Nasir, Dr Suraya Zainul Abidin, Encik Mohammad Radhi Ibrahim dan Encik Mohammad Iskandar Naim Salim, juga dilantik.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH) dalam satu laporan pada 9 Oktober, Encik Mohamed Shaharin berkata:


“Peralihan lembaga ini diperlukan untuk Pertapis kekal relevan dengan keperluan dan jangkaan semasa sesebuah persatuan. Bagi pihak ahli, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan ahli yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka atas kerja dan dedikasi mereka selama ini.

“Tanpa yang lama, tidak akan ada yang baru. Ahli baru dan saya juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan kakitangan kami dan ketua pegawai eksekutif yang baru dilantik dalam matlamat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat.”

Encik Hussaini, yang telah berkhidmat sebagai presiden Pertapis selama 14 tahun sejak 2009, berkata beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan, sokongan dan keyakinan oleh kepimpinan Pertapis sehingga pengundurannya pada 23 September 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >