Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGAGIHAN DAGING KORBAN 2023

Pertapis agih 2,000 kg daging korban kepada keluarga kurang mampu

Jul 08, 2023 | 07:17 PM



Sebanyak 2,000 kilogram (kg) daging korban telah berjaya diagihkan kepada 500 penerima bantuan pada Sabtu susuli pelaksanaan ibadah korban di Australia pada 29 Jun.

Turut hadir untuk mengagihkan daging korban sambil beramah mesra dengan penerima bantuan di Rumah Peralihan Pertapis ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang diiringi oleh Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah dan ketua pegawai eksekutif Pertapis, Encik D’Cruz Firdaus Lionel Wilfred.

“Saya amat mengalu-alukan usaha Pertapis dan pembuat korban yang telah sama-sama turun padang hari ini untuk mengagihkan daging korban kepada masyarakat. Penerima bantuan datang dari setiap bahagian Singapura dan mereka sangat gembira dengan usaha ini.

“Saya juga gembira kerana tahun ini, kita mempunyai lebih banyak pembuat korban dan saya berharap ini akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang demi membantu penduduk kami yang memerlukan,” kata Encik Fahmi.

Tahun ini, seramai 250 sohibul korban, atau mereka yang melaksana ibadah korban, telah menyertai ibadah tersebut, 20 peratus lebih tinggi berbanding bilangan tahun lalu.

Semasa majlis tersebut, para penerima bantuan juga turut menerima habuan bulanan seperti barangan keperluan dapur dan baucar tunai pasar raya.

Antara penerima yang hadir adalah Cik Kamariah Johan, 60 tahun, yang mempunyai empat orang anak dan telah mendapat bantuan daripada Pertapis sejak enam tahun yang lalu

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana tahun ini dapat daging korban dan saya harap Pertapis akan mendapat lebih banyak sokongan bagi usaha-usahanya kelak,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >