Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat S’pura digesa hulur bantuan, kumpul dana untuk mangsa Gaza: Faishal

Oct 21, 2023 | 04:44 PM



Warga Singapura, tanpa mengira bangsa dan agama boleh membantu dalam konflik di Gaza dengan terus mengumpul dana bagi semua yang terjejas di sana, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Berucap selepas menghadiri solat hajat di Masjid Sultan Jumaat malam lalu, beliau berkata masyarakat Melayu/Islam telah mendoakan untuk keamanan di beberapa masjid dan akan terus berbuat demikian sepanjang hujung minggu ini.

Dr Faishal berkata ketegangan yang semakin meningkat di Jaluran Gaza membimbangkan, dan kejadian baru-baru ini telah menjejas emosi ramai.

“Tiada lelaki, wanita atau kanak-kanak yang harus melalui tragedi seperti itu, tidak kira apa agama ataupun kepercayaan mereka,” ujar beliau dalam satu hantaran dan video yang dimuat naik di Facebook, sambil melahirkan rasa terkesan dengan rakaman video berkaitan kanak-kanak dalam konflik itu.

Menurutnya, beliau menerima banyak mesej yang bertanyakan apa yang boleh dilakukan warga Singapura bagi membantu mangsa Jaluran Gaza selain menyaksikan video-video dalam talian.

“Krisis kemanusiaan ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan warga Singapura, tidak kira bangsa atau agama.

“Saya gembira Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB (UNRWA), sedang menganjurkan pengumpulan dana bantuan kemanusiaan bagi masyarakat terjejas akibat konflik di Gaza.

“‘Rahmatan Lil Alamin’ bermakna rahmah untuk semua. Dan dalam semangat ini, saya menyeru warga Singapura agar menghulurkan dana untuk membantu situasi di Jaluran Gaza,” gesa Dr Faishal.

RLAF telah mengumpul lebih setengah juta dolar sehingga 19 Oktober 2023.

Sementara itu, kata beliau, sejak Khamis lalu, masyarakat Islam Singapura telah menganjurkan solat hajat beramai-ramai untuk keamanan di Gaza dan akan diteruskan sepanjang hujung minggu ini. Sejauh ini, sesi solat hajat itu telah menyaksikan kehadiran ribuan jemaah, daripada semua golongan usia.

“Malam ini, saya solat berganding bahu dengan beberapa ratusan jemaah lain di Masjid Sultan. Kami berdoa untuk keamanan dan agar konflik ini diselesaikan secara aman,” kata beliau dalam videonya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >