Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat penghantar makanan ditemui busuk dalam kereta berhari-hari setelah meninggal dunia

Aug 10, 2023 | 12:55 PM



Mayat seorang pekerja penghantaran makanan berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan busuk dalam sebuah kereta di kawasan Upper Changi pada Isnin, berhari-hari setelah beliau dipercayai meninggal dunia.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa di Sunbird Road pada kira-kira 7.45 pagi Isnin.

Akhbar cina Shin Min Daily News melaporkan bahawa mayat itu disyaki berada dalam kereta di tempat meletak kereta berdekatan kompleks apartmen Apollo Gardens seminggu sebelum ditemui pada Isnin.


Seorang lelaki berusia 72 tahun memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau nampak polis memeriksa kereta putih di luar kompleks apartmen itu sekitar 9 pagi pada Isnin. Beliau menghidu bau busuk yang kuat apabila menghampiri tempat kejadian itu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa seorang pembantu rumah sedar akan bau busuk itu kira-kira tiga hingga tujuh hari sebelumnya tetapi tidak tahu asalnya daripada mana.

Cecair berwarna coklat dilihat mengalir keluar daripada pintu sebelah kanan kereta, berdasarkan gambar yang diambil oleh seorang penduduk.

Kakak mangsa memberitahu Shin Min pada Selasa bahawa keluarganya terkejut atas kematian mendadak adik lelakinya, sambil menambah bahawa keluarganya tiada sejarah penyakit kronik.

Beliau berkata adiknya, yang merupakan penghantar makanan, tinggal bersama ibu bapanya dan kerap berada di rumah rakan-rakannya.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki perbuatan khianat dan siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >