Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut selepas dijumpa tidak sedar diri di flat bersama mayat isteri

Jul 31, 2023 | 05:48 PM



Seorang lelaki berusia 70 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di sisi mayat isterinya pada Sabtu di tingkat sembilan Blok 93 Henderson Road meninggal dunia sehari kemudian.

Kededua lelaki dan mayat itu dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana lelaki itu kemudiannya meninggal dunia, kata polis, menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times pada Isnin.


Polis pada Sabtu berkata kematian isteri diklasifikasikan sebagai kes kematian luar biasa, tetapi mereka tidak mengesyaki perbuatan jenayah.

Seorang jiran di unit berdekatan berkata, pasangan itu mempunyai hubungan rapat dengan anak dan cucu mereka, yang akan melawat pada hujung minggu, dan wanita itu dikatakan suka memasak jika keluarganya berkunjung.

Seorang lagi jiran sebelum ini memberitahu akhbar Cina, Shin Min Daily News, bahawa beliau sedar terdapat bau aneh dari flat itu selama sekurang-kurangnya seminggu sebelum dia menghubungi polis pada pagi Sabtu.


Jiran itu juga telah mengetuk pintu pasangan itu yang terbuka selepas beliau menolaknya perlahan dan beliau melihat lantai flat itu dipenuhi ulat.

Menurut jiran itu, pasangan itu biasanya akan membuka pintu depan mereka, tetapi pintu telah ditutup sejak beberapa hari lalu.

Jiran lain turut berkata pasangan itu bergantung pada kerusi roda dan biasanya akan meninggalkan flat mereka setiap pagi untuk makan, tetapi mereka tidak kelihatan selama beberapa hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >