Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat reput dikenal pasti lepas 4 bulan

Aug 14, 2023 | 04:05 PM



Mayat seorang warga emas wanita yang tinggal sendirian di flatnya di Teban Gardens ditemui dalam keadaan reput pada 24 April. Tatkala jasadnya ditemui di tandas dapur, raut wajahnya tidak dapat dikenali.


Kededua tangannya sangat reput hingga pegawai forensik tidak dapat mengesan cap jarinya. Dia juga tidak mempunyai gigi atau rekod pergigian.

DNA dari sumsum tulangnya juga tidak dapat mengenal pasti wanita itu. Pihak berkuasa cuba memadankan DNA wanita itu dengan DNA seorang lelaki yang dikatakan abangnya, tetapi ia mendedahkan mereka tidak mempunyai kaitan secara biologi.

Abangnya memberitahu polis wanita itu anak angkat dan ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Oleh kerana ketiga-tiga ujian pengenalannya gagal, wanita itu ditandakan sebagai “Tidak Diketahui”. Beliau diisytihar meninggal dunia pada 6.45 petang pada 24 April di sebuah flat di tingkat empat di Blok 48, Teban Gardens Road.

Tetapi pada Isnin, hampir empat bulan selepas mayatnya ditemui, “Tidak Diketahui” akhirnya dikenal pasti oleh koroner sebagai Cik Tham Yoke Hing, 66 tahun.

Semasa siasatan koroner tentang kes itu, pegawai siasatan (IO) Benjamin Sim berkata seorang jiran yang tinggal di bawah flat Cik Tham mengalami masalah kebocoran air dari siling pada 21 April.

Jiran itu tidak dapat menghubungi Cik Tham mengenai kebocoron itu dan menghubungi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), yang juga tidak dapat menghubungi Cik Tham.

HDB menghubungi abang Cik Tham, yang kemudian menyuruh anak saudara perempuan Cik Tham memeriksa Cik Tham di flatnya. Apabila anak saudaranya tidak mendapat respons selepas mengetuk pintu Cik Tham pada 24 April, beliau menghubungi polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kemudian memasuki flat Cik Tham dan menemui mayatnya. IO Sim berkata tiada tanda flat itu dimasuki secara paksa atau pergelutan dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Menurut beliau, pihak berkuasa telah cuba mengenal pasti mayat itu menggunakan cap jari, rekod pergigian dan pemeriksaan DNA tetapi semuanya gagal, maka mereka bergantung pada bukti keadaan.

Jiran-jiran selalu melihat Cik Tham memakai gelang jed dan jam tangan logam. Kedua-dua barang itu ditemui pada mayat, dan jiran mengenalinya. Koroner Negara Adam Nakhoda berkata pada Isnin bahawa kerana gelang dan jam tangan itu ditemui pada mayat, dan berdasarkan keterangan jiran, beliau menerima mayat itu ialah mayat Cik Tham.

Punca kematiannya ialah penyakit jantung hipertensi. Koroner memutuskan ia kematian semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >