Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maybank lancar hab pengurusan kekayaan Islam di S’pura

Nov 20, 2023 | 07:37 PM



Kumpulan Maybank pada Isnin melancarkan hab luar pesisir serantau bagi pengurusan kekayaan Islam (IWM) menerusi Maybank Singapura, sekali gus memperluaskan kedudukan IWM bank tersebut merentasi Malaysia dan Indonesia.

Maybank Singapura kini merupakan bank pertama di negara ini yang menawarkan huraian kekayaan Islam yang menyeluruh untuk pelanggan melalui peringkat kehidupan mereka yang berbeza, termasuk merancang pemindahan kekayaan untuk generasi akan datang.

Ini sejajar dengan Strategi M25+ Kumpulan Maybank untuk mencapai kepimpinan global dalam kewangan Islam terutamanya dalam pengurusan kekayaan Islam, menurut Maybank dalam kenyataannya.

Majlis pelancaran di Capitol Theatre itu dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad. 

Semasa berucap, Encik Zaqy berkata Singapura merupakan hab pengurusan kekayaan global yang menarik pelanggan merentasi segmen mewah dan bernilai bersih tinggi.

Sebagai hab pengurusan kekayaan global, ia juga memperkasa pelabur dengan akses pada pasaran Asean dan seterusnya dengan peluang global, termasuk keupayaan pengurusan kekayaan bertaraf dunia, tambahnya.

“Aliran kekayaan luar pesisir membentuk kuasa penggerak utama bagi kami sebagai pusat kewangan global.

“Dengan kelas pelabur kaya yang semakin meningkat, kita juga telah menyaksikan permintaan yang semakin meningkat untuk pelaburan alternatif dan didorong tujuan seperti pelaburan mampan dan penyelesaian kekayaan Islam berasaskan etika,” kata Encik Zaqy.

Dalam laporan tahunannya, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) melaporkan bahawa aset kewangan Islam global dianggarkan meningkat lebih AS$ 2 trilion ($2.8 trilion) sejak sedekad lalu.

IMF menambah bahawa sektor kewangan Islam terus berkembang dari segi saiz dan kerumitan.

Perbankan Islam boleh didapati di lebih 60 negara, dan sekitar 85 peratus daripada aset kewangan Islam global ini adalah daripada sektor perbankan Islam.

Menurut Encik Zaqy ini merupakan satu “peningkatan ketara” dan menandakan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kekayaan Islam yang berdasarkan prinsip berasaskan nilai.

“Singapura bersedia sebagai hab kewangan dengan ekosistem keupayaan untuk menyokong institusi kewangan seperti pelan pertumbuhan dan pengembangan Maybank,” tambahnya.

Singapura telah dikenal pasti sebagai hab luar pesisir serantau IWM bagi bank itu kerana ia merupakan hab kewangan yang mantap untuk pengurusan kekayaan, menurut Maybank lagi.

Sebagai sebuah bank terkemuka, Maybank menawarkan pelanggan rangkaian lengkap penyelesaian kekayaan Islam untuk mengakses menjangkau pilihan pengurusan kekayaan konvensional.

Di Singapura, Maybank mempunyai khidmat tawaran terbesar dana unit amanah patuh Syariah, dengan sebanyak 13 dana.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Dato’ Khairussaleh Ramli, berkata bahawa Maybank kekal teguh dalam menasihati pelanggannya merealisasikan matlamat pelaburan dan potensi kekayaan mereka melalui penyelesaian perbankan Islam yang sesuai yang berpaksikan amalan berasaskan nilai.

Permintaan ini didorong oleh inovasi berterusan dalam industri perbankan Islam untuk menawarkan lebih banyak produk patuh Syariah, serta minat yang semakin meningkat dalam pelaburan mampan.

“Pelancaran hab serantau IWM ini merupakan detik penting bagi Maybank kerana kami mencapai kejayaan sebagai peneraju IWM global.

“Maybank Singapura berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kekuatan ini bagi mengembangkan perniagaan IWM, sambil disokong oleh kepakaran kami yang sangat berpengalaman dari Malaysia yang telah dibina selama ini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >