Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melvin Yong bakal ketuai GPC Pembangunan Sosial dan Keluarga

Aug 04, 2023 | 06:38 PM



Parti Pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), telah melantik Anggota Parlimen (AP) Radin Mas, Encik Melvin Yong Yik Chye, sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga berkuatkuasa hari ini, menurut kenyataan rasmi parti itu.

Beliau merupakan ahli GPC sejak 2018 dan pelantikannya ini adalah bagi menggantikan Encik Seah Kian Peng, AP GRC Marine Parade, yang telah dilantik sebagai Speaker Parlimen pada 2 Ogos lalu susulan peletakan jawatan speaker terdahulu, Encik Tan Chuan Jin.

Encik Tan, yang juga telah meletak jawatan sebagai AP GRC Marine Parade, terlibat dalam hubungan sulit dengan AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, yang turut mengambil tindakan sama pada 17 Julai lalu.

“Saya berbesar hati kerana ahli GPC telah menugaskan saya untuk menjadi pengerusi GPC Pembangunan Sosial dan Keluarga, untuk menggantikan Seah Kian Peng yang telah dipilih sebagai Speaker Parlimen minggu ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kian Peng atas sumbangan besar beliau kepada Jawatankuasa ini.

“Sebagai pengerusi GPC, saya akan terus memperjuangkan isu-isu melibatkan pembangunan sosial dan keluarga yang paling dekat dengan hati saya – mahu meningkatkan semangat keluarga berpendapatan rendah dan meningkatkan mobiliti sosial mereka,” ujarnya.

Beliau menambah, usahanya turut mencakupi langkah mengukuhkan institusi perkahwinan dan cuba mendapatkan gaji lebih baik, penjagaan kebajikan dan prospek kerja yang lebih bermanfaat untuk golongan pendidik peringkat awal kanak-kanak.

“Saya juga bercadang untuk melawat agensi perkhidmatan sosial untuk lebih memahami cabaran yang mereka hadapi, dan untuk tahu bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan sosial,” tulis Encik Yong dalam sebuah pos yang dimuatnaik di Facebook.

Beliau juga terbuka untuk menerima cadangan tentang cara meningkatkan dan memperbaiki diri dalam mana-mana aspek.

Ditubuhkan oleh PAP pada 1987, GPC memberi ahli-ahlinya peluang untuk meneliti perundangan dan program yang dijayakan sesebuah kementerian. Mereka juga berkhidmat sebagai saluran maklum balas tambahan mengenai dasar pemerintah.

Selepas perubahan ini, GPC bagi Pembangunan Keluarga dan Sosial dipimpin oleh Encik Melvin Yong Yik Chye sebagai pengerusi manakala anggotanya terdiri daripada Cik Denise Phua, Encik Murali Pillai, Cik Carrie Tan, Encik Mohd Fahmi Aliman, Cik Ng Ling Ling dan Cik Tin Pei Ling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >