Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menyerlah di luar bilik darjah, menyerlah peperiksaan GCE 'O'

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



KEMAMPUAN Nurul Ain Harun sebagai pemimpin di sekolah sukar dapat dinafikan.



Apa saja cabaran dan tugasan yang diberikan, pelajar Sekolah Menengah Dunman (DSS) itu berjaya melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab bagi mendapatkan hasil yang cemerlang.



Antara tugasan yang pernah diberikannya termasuk menjadi pengarah komunikasi dalam jawatankuasa eksekutif majlis pelajar bagi tahun 2019-2020, naib pengerusi band konsert serta ketua kem bagi Orientasi Menengah Satu pada tahun lalu.



Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' yang perolehi semalam bahkan membuktikan Nurul Ain turut menyerlah dalam akademik.



Dia antara 23,688 calon yang telah menduduki peperiksaan GCE 'O' di Singapura tahun lalu.



Mengambil lapan subjek, Nurul Ain meraih lima kepujian dan 12 mata bagi enam subjek utama L1R5.



Mengulas mengenai pencapaiannya, Nurul Ain berkata beliau tidak sangka dapat mencapai keputusan yang cemerlang.



"Sebagai seorang pelajar kita tidak boleh terlalu yakin... saya selalunya menetapkan matlamat yang realistik.



"Alhamdulillah hasilnya melebihi jangkaan saya," kata Nurul Ain, 16 tahun.



Strateginya dalam menghadapi peperiksaan - 'Latihan, latihan, latihan dan rehat'.



Melakukan latihan secara konsisten amat penting untuk mencapai kecemerlangan, katanya.



"Ia bukan sahaja dapat menyegarkan minda saya bahkan mempertingkatkan daya ingatan saya. Selain itu, saya dapat lihat kelemahan saya dalam subjek-subjek yang lain dan berpeluang bertanya dengan guru saya atau memberi lebih tumpuan kepada subjek tersebut dan melakukan pembelajaran sendiri.



"Rehat juga penting bagi memastikan minda saya di tahap optimum dan saya tidak mudah jatuh sakit," ujarnya.



Anak kedua dalam keluarga tiga beradik itu turut melahirkan kesyukuran menerima dorongan dan sokongan dari guru-guru, rakan-rakan dan terutamanya keluarganya.



"Keluarga saya memberi sokongan kepada saya dari segi moral. Kata-kata positif mereka merupakan dorongan bagi saya untuk memberikan yang terbaik.," katanya, yang berharap meneruskan pelajarannya di Maktab Rendah Temasek.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >