Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meriah di rumah terbuka pertama di Istana bagi Presiden Tharman

Nov 12, 2023 | 07:47 PM



Hujan lebat tidak menghambat semangat ramai tetamu yang mengunjungi pekarangan Istana pada Ahad.

Malah semasa cuaca mulai mendung dan sebelum hujan turun, ramai – termasuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil – sudah siap beratur untuk memasuki pekarangan Istana bagi rumah terbuka sempena Deepavali.

Ia adalah rumah terbuka di Istana yang pertama bagi Presiden Tharman Shanmugaratnam, sejak beliau menyandang jawatan selaku Presiden.

Encik Tharman yang ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam, telah beramah mesra dan bersalaman dengan para pengunjung.

Mereka tidak melepaskan kesempatan untuk bergambar bersama pasangan itu.

Semasa ditemui media, Encik Tharman berkata berkumpul semasa setiap perayaan, menghormati dan memahami makna perayaan setiap bangsa, akan membantu mengukuhkan jati diri sebagai rakyat Singapura, selain daripada mengucapkan ikrar dan menyanyikan Lagu Kebangsaan.

“Saya akan teruskan tradisi rumah terbuka ini dalam memupuk sifat saling memahami antara budaya,” katanya yang turut melahirkan rasa gembira dengan adanya acara itu.

Di acara rumah terbuka tersebut, di samping persembahan muzik dan nyanyian, terdapat juga gerai makanan dan minuman. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan lukisan inai di tangan mereka.

Antara yang hadir ialah Encik Marully Uhum, 51 tahun, yang hadir bersama lima anggota keluarganya.

Mereka terdiri daripada isterinya, Cik Mislia Supar, 47 tahun, dan tiga anak mereka, Marully Loseff Benjamin, 13 tahun; Marlia Adda Sofea, 12 tahun; dan Marlia Yunise Aydaniea, lapan tahun.

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke Istana dengan seluruh anggota keluarga. Anak-anak berasa kagum melihatkan hadiah yang diberikan oleh pemimpin sejagat kepada Presiden Singapura semasa lawatan mereka ke sini,” kata beliau yang datang seawal 2 petang.

Antara pelancong asing dari India, Encik Nahas Mohammed, 24 tahun, turut hadir bersama keluarganya.

“Kami terpesona dengan saiz Istana ini dan kami bersantai untuk menikmati pemandangannya,” kata bapa tiga orang anak itu mengenai kunjungan pertama mereka ke Singapura dan juga ke Istana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >